Tuesday, July 29, 2025

The Quality of Mercy

 The Quality of Mercy

 

The quality of mercy is not strain'd.
It droppeth as the gentle rain from heaven
Upon the place beneath. It is twice blest:
It blesseth him that gives and him that takes.
'Tis mightiest in the mightiest; it becomes
The thronèd monarch better than his crown.
His scepter shows the force of temporal power,
The attribute to awe and majesty
Wherein doth sit the dread and fear of kings;
But mercy is above this sceptered sway.
It is enthronèd in the hearts of kings;
It is an attribute to God Himself;
And earthly power doth then show likest God's
When mercy seasons justice. Therefore, Jew,
Though justice be thy plea, consider this:
That in the course of justice none of us
Should see salvation. We do pray for mercy,
And that same prayer doth teach us all to render
The deeds of mercy. I have spoke thus much
To mitigate the justice of thy plea,
Which, if thou follow, this strict court of Venice
Must needs give sentence 'gainst the merchant there.

— Portia, in William ShakespeareThe Merchant of Venice, act 4, scene 1

 

Aku tau pasal The Merchant of Venice pun sebab dulu main CRPG yang berlatarbelakangkan Zaman Pembaharuan yang terhenti kerana Alam Fana dicerobohi Alam Ghaib (Cari: Lionheart Legacy of the Crusader. Shit combat system but damn good story. Antara produk terakhir Black Isle Studio sebelum gulung tikar) di mana si Shakespeare adalah penulis fakap di Barcelona yang kerana kehilangan Musenya (seekor Pixie dalam sangkar). Tak hilang pun sebenarnya. Cuma jadi cagaran sebagai pinjaman yang dibuat dengan Shylock si Along pinjaman wang. Dalam alam Lionheart, The Merchant of Venice pula ditulis sebagai The Merchant of Barcelona sebagai kutukan keras kepada si Shylock.

Terima kasih kepada Google kerana membuatkan teks penuh Merchant of Venice tersedia untuk aku baca.

Anyway,

Bila mula mengamal undang-undang, aku teringat kembali pada ‘plea in mitigation’ Portia seperti di atas. Banyak kali aku terfikir untuk menggunapakai ayat-ayat sakti si Portia ini dalam mitigasi pengurangan hukuman tapi selalunya tak jadi. Satunya, takut Majistret naik menyampah pasal ambik masa lama sangat nak baca. Duanya, sebab menyimpang dari kebiasaannya yang mungkin boleh ‘backfire’ pada anak guam. Elok boleh dapat denda tiba-tiba dapat penjara sebab peguam nak deklamasi ayat-ayat si Shakespeare. Mungkin suatu hari akan tiba saat yang sesuai untuk aku guna pakai ayat-ayat Portia ini.

Aku letak bait-bait di atas bukan nak cerita pasal CRPG ataupun The Merchant of Venice, tapi nak bercerita tentang Belas Ihsan (Mercy). Ini kerana pagi tadi kali pertama aku membuat permohonan kepada Mahkamah Industri untuk satu tuntutan pembuangan tidak sah dibuang kes.

Mahkamah Industri mempunyai kuasa untuk ‘strike out’ atau mendaftarkan semula sesebuah kes dihadapannya di bawah Seksyen 29 (fa) Akta Hubungan Perusahaan 1967 (‘’IRA 67’’) yang menyatakan seperti berikut:

 

29  Power of the Court

The Court may, in any proceedings before it-

..

(fa) order a case to be struck off or reinstated; and

Bagaimana nak membuat permohonan itu ada bermacam school of thought. Ada otai Industrial Court yang kata memadai dengan menulis surat ke mahkamah. Ada caselaw pula yang menunjukkan permohonan difailkan dan disokong dengan affidavit. Yang pastinya, prosedurnya memang tak tertulis dalam Akta atau Peraturan. Jadi bila berhadapan dengan situasi begini aku beranggapan bahawa Seksyen 30(5) IRA 67 akan prevail over all others;

 

(5) The Court shall act according to equity, good conscience and the substantial merits of the case without regard to technicalities and legal form.

 

Lalu aku pun berhujah secara oral kenapa kes perlu dibuang. To hell with technicalities (its in the Act).

Pengadu diwakili peguam yang mana telah hadir pada setiap sebutan kes yang mana dah berjumlah empat (4) kali termasuk pagi ini, iaitu hampir setengah tahun ataupun 6 bulan sudah diberikan kepada pengadu untuk memfailkan Penyataan Kes. Bukan sahaja tak difailkan Penyata Kes (aku syak sebab tak terima bayaran fi guaman), pagi ini peguam pengadu sendiri tak hadir ke Mahkamah (aku syak sebab tak dibayar fi guaman). Jangankan emel, call jurubahasa pun tidak. Pada setiap kali sebutan peguam pengadu berjanji akan memfailkan Penyata Kes tapi janji tinggal janji. Kalau betul Pengadu serius mengenai tuntutannya mengapa ambil mudah peluang demi peluang yang diberikan oleh Mahkamah sampai peguam pengadu pun tak hadir ke Mahkamah. Maka ini adalah satu situasi dimana kuasa Mahkamah dibawah Seksyen 29 (fa) IRA 67 wajar digunapakai.

Lebih kurang macam itulah hujahan aku tapi Yang Arif nampak reluctant untuk strike out kes dengan alasan Pengadu diwakili oleh peguam dan peguam Pengadu hadir pada setiap tarikh sebutan. Jadi aku sebagai peguam perlu bertimbangrasa dengan rakan peguam yang lain. Aku jawab: 

‘’Yang Arif, I am well aware that the Claimant is represented. Just as my learned friend for the Claimant I am sure is aware of the Mention date this morning and yet is not here to attend it. It is almost 10.30 and I believe this court has a full trial after this. I do not wish to take any more of this Court’s time with this case.

Yang Ariff suruh aku duduk dan berbisik (pada jurubahasa dan juga pada mike pada masa yang sama jadi satu bilik mahkamah boleh dengar): Claimant solicitor tak ada hantar surat extension? Call? Anything filed at all? Jurubahasa geleng kepala. Yang Arif mengeluh. Dia kemudian menulis lama, entah apa yang diminitkan dalam fail sebelum dengan suara perlahan merekodkan kes dibatalkan. Aku tunduk akur, ucap apa yang patut sebelum lari ke Mahkamah Kuala Lumpur untuk satu lagi kes yang aku tengah stand down. Syukur ada penamatnya pada belas ihsan Mahkamah pada si Pengadu.

Sambil melayan mengantuk pagi itu aku berfikir;

Kenapa selalunya belas ehsan itu pergi pada mereka yang tak reti untuk menghargainya? Boleh sidai Mahkamah sampai 6 bulan. Kenapa eh? Kenapa bila saat kita perlukan belas ehsan itulah, that discretion, that which seasons justice, tiba-tiba diputuskan bukanlah untuk kita? Why?

Tepat-tepat 10.30 aku sampai ke KL Court. Ada satu Bicara Taksiran (BT) Saman Penghutang Penghakiman di salah satu Mahkamah Majistret. Ini lagi satu kes. Penghutang Penghakiman (JD) sudah dimaklumkan tarikh Bicara hampir sebulan sebelumnya lagi kerana Saman Penghutang Penghakiman kebiasaannya disampaikan secara kediri (personal) tapi bila ditelefon akak PIC fail tersebut, pagi bicara itu lah kereta tiba-tiba uzur, dan lain-lain alasan. Ai, tarikh BT dah diberitahu hampir sebulan, sangat cukup masa untuk dibuat apa-apa arrangement untuk hadir ke Mahkamah.

Secara pendeknya, Saman Penghutang Penghakiman atau Judgment Debtor Summons ini adalah salah satu cara melaksanakan (execute) sebuah penghakiman yang telah diperolehi di Mahkamah, kebiasaannya di Mahkamah rendah kerana kalau jumlah terhutang sudah melebihi RM 100,000.00, Kalau individu, bankrapkan aja di Mahkamah Tinggi Kebankrapan. Kalau Syarikat, lebih dari cukup untuk digulungkan syarikatnya di Mahkamah Tinggi Insolvensi. Saman Penghutang Penghakiman ini mengarahkan si JD untuk hadir ke Mahkamah untuk terangkan pada Mahkamah kenapa jumlah penghakiman masih tak diselesaikan walaupun Penghakiman telah disampaikan kepada mereka ini.

Sejujurnya, seorang orang perseorangan yang mempunyai jumlah penghakiman kurang dari RM 100,000.00 aku kira jatuh di bawah twilight zone pelaksanaan melainkan ada gadaian tanah. Sebab penal effect mana-mana tindakan pelaksanaan yang dikenakan itu umpama di bebel Hakim atau Majistret semata-mata. Kau tak patuh Perintah Persetujuan atau arahan pembayaran yang ditentukan mahkamah pun akan kena bebel sahaja. Kebarangkalian dipenjarakan kerana menghina Mahkamah (contempt of court) itu rendah. Bersepah case law yang mengatakan Mahkamah akan berat hati untuk memenjarakan si penghina itu (mercy again). Dibankrapkan? Tak lama pun, cukup 3 tahun nanti dilepas dari kebankrapan. Terima kasih kepada pindaan kepada Akta Kebankrapan (kini dikenali sebagai Akta Insolvensi) dan polisi kerajaan yang nak meminimumkan jumlah orang yang dibankrapkan, the Law is now all bark and no bite. Melainkan ada gadaian tanah untuk pinjaman sebab bila ada gadaian ini tak payah panjang cerita, langgar syarat gadaian, terus lelong. Selalunya JD akan cuba untuk setel hutang sebelum tanah gadaian itu terjual dek lelongan.

Pada hari-hari biasa aku akan bersangka baik sebab ada yang datang ke Bicara Taksiran ini setakat aku buat adalah isteri yang tak tau apa-apa sebab si suami buat pinjaman atas nama isteri, pakcik makcik yang dah sangat uzur yang disaman sebab penyewa memandai usik meter (kalau kes TNB), mereka yang mulakan perniagaan betul-betul sebelum wabak COVID19, tempoh masa traumatic yang memang menjahanamkan banyak perniagaan-perniagaan, ibu tunggal yang buat pinjaman untuk mulakan perniagaan sebab bekas suami tak bagi nafkah. Jadi hati aku memang lembut untuk insan-insan sebegini tapi bukan hari ini.

Aku ada diberitahu akak kerani yang jaga fail bahawa JD ni liat nak terima penyampaian Saman Penghutang Penghakiman (JDS) siap guna alasan laki dia beritau takut jadi mangsa scam. Scam kejadahnya apa, nak serah dokumen Mahkamah yang dah dimeterai, bukan mintak butiran perbankan kau. Mahu dua-tiga kali juga penyampai proses datang ke rumah baru nak terima JDS. Berlatarbelakangkan itu, aku dan akak PIC bersependapat yang JD ini sangat berpotensi untuk tak hadir ke Mahkamah dan kesudahannya memang tak hadir pun. Kali pertama ditelefon untuk memastikan kehadiran, dicakapnya tengah dalam perjalanan. Bila aku dah sampai ke perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur, akak PIC call JD lagi: katanya kereta ada masalah. Berhenti tepi jalan. Bila aku sampai ke bilik mahkamah, akak PIC WhatsApp beritahu aku: JD kata mintak next date. Siap telefon Mahkamah beritahu yang dia patah balik rumah kerana takut kereta mati tengah jalan. Oh the audacity of it! 

Silap haribulan tayar kereta memang tak bergolek pun dari mula.

Mahkamah pun bersedia dengan kebarangkalian macam ini, oleh itu selalunya, amalan di Mahkamah Kuala Lumpur adalah untuk menetapkan Bicara Taksiran itu bersama-sama dengan pengurusan kes secara E-Review (macam WhatsApp dengan Mahkamah tapi tak ada functionality untuk berkongsi emoji dan.gif) jadi kalau JD tak hadir untuk BT secara fizikal, peguam pemiutang penghakiman (JC) boleh sama ada minta perintah tangkap dikeluarkan atau minta tarikh baru melalui sistem E-Review itu. 

Aku taip panjang lebar pada Majistret apa yang jadi pada pagi tadi tekan kan kembali yang tarikh bicara taksiran diberikan sebulan yang lepas, JD jelas diarahkan untuk hadir ke Mahkamah. Kenapa JD tidak buat arrangement untuk hadir ke Mahkamah? Kalau tak dapat hadir ke Mahkamah, kenapa tidak maklumkan seawal mungkin agar boleh BT dibuat melalui aplikasi ZOOM, benda boleh dibuat awal. Jadi aku pohon bagi satu perintah tangkap dikeluarkan terhadap JD. Biar bila Bailiff datang ketuk pintu rumah baru JD ini yakin yang ini bukan scam.

Tapi, iya, mercy droppeth like gentle rain lalu Majistret tetapkan tarikh baru untuk BT, and my (invisible) tears drippeth for my wasted hours. Apa nak buat, telan aja lah

So again I ask, why? Why show mercy for the clearly undeserving?

Dulu aku pernah diberitahu yang tunduk bila masuk ke Mahkamah itu hormatnya bukan pada Mahkamah tapi apa yang diwakili oleh Mahkamah iaitu Tuhan. Bila dah season sikit ni baru terpikir, macam tak tepat je. Bukan tang tunduk hormat tu, tapi tang Mahkamah menjadi representasi Tuhan dalam menghakimi. Mahkamah boleh terkhilaf (see: FC decision yang kata Islamic Finance Agreements is still valid even if its not in compliance with Syariah principles. Tak ingat nama kes dan citation dia, kau cari sendiri). 

Takkan kau nak cakap Tuhan boleh terkhilaf? No no. I beg to differ.  

Entah. Bila dah petang sikit, sejuk sikit hati baru terlintas dihati boleh apa yang aku nampak sebagai aplikasi belas ehsan tak kena pada tempatnya adalah pada pandangan aku semata, aku cuma nampak bayangan di dinding gua. Perspektif terbatas and all that. Mungkin satu hari nanti akan dapat dilihat dari semua sudut.


Until then maybe I should shut up and get back to work.


 

 

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment