Thursday, April 23, 2026

The ScoreBoard

 


Back when I was a pupil my master had the newspaper cuttings of his winning verdicts on one side of the wall of his office. At first I thought; Wow, so poyo! But then as I grew older, I realized there are two ways to look at it. One, it was a reminder of how much further he had to go. Two, balm to aching heart because winning a case or every case is not a guarantee.

That being said, I had the privilege of fighting losing battles, the nigh on impossible cases which the only soothing balm was that most of the time my fees was paid in full. Privilege, not because I have heroic delusions of myself but because I see myself firmly in the shoes (or rather soles of) Diogenes begging from a statue- wanting to get used to rejection or in my case, losing so that when I win, it is all sweeter and I won two weeks ago.

It was a legal aid file so the fees were not that substantial. In short, it was a drug possession case, and the investigation was shoddy and I did my level best to attack the investigation from every available angle (missing dashcam footage, missing bodycam footage, important witnesses not investigated and more). Thanks to the brave and very fair Magistrate, my client was acquitted at the end of the prosecution’s case. I can feel my stomach unclenching when she pronounced the verdict. I was on my way out of the court room to use the men’s room to deliver a cargo when the court came into session. So I sat back down.

The final blow I delivered was something the Investigating Officer himself shouted out to me outside the court during recess, twice: the drug belonged to someone else and he as the IO knew it from the beginning. Was it out of repressed guilt, was it misplaced ego believing that I would not dare to cross exam him on that point, I do not know. All I know is that he volunteered the crucial information that led to the acquittal of my client.

His shouted confession caught me by surprise so much so that I had to call my boss and my mentor for their guidance. When recess was over and the court was back in session I tried to gently persuade him to tell the court what he shouted out to me- he clammed up. That, was the cue for me to turn the screws on him and turn I did. In the end he relented. Admitted that another person had made a confession that the drug was his and despite this the IO kept the spotlight of investigation on my client and came up with a lame one liner that the arresting officer’s version of events are more convincing than the confession.

I was not accustomed to winning due to the aforementioned nature of mine being the magnet of lost causes, so when the time came to leave the court with my client already sobbing in relief, I felt lost. Lost despite the win because I do not know how to console a grown man crying. Crying tears of relief no less. Do I hand him my kerchief? Do I tell him to stop because its unmanly while his wife is looking or do I join him in tears of solidarity? I was also lost because I do not know how to process the win. My very first criminal trial win, ever.

In the end, I pat his back a bit, shook his hand, the hands of his family members and made an excuse to leave. I remembered walking back to my car feeling elated that my client is now free and able to move on with his life. The relief came much later when I took a massive dump at home.

If the case is ever reported in the law journals, I’d have to save it or print it out and keep it somewhere within reach but not as trophy to be displayed but as my personal scoreboard.

 

Tuesday, January 6, 2026

On Shame

 


 

Tak lama dahulu waktu taklimat perlantikan sebagai panel satu syarikat utiliti ada diterangkan satu persatu cara-cara pelaksanaan penghakiman yang diinginkan atau preferred oleh mereka. Satu cara pelaksanaan yang menarik perhatian aku dan tak tersenarai dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 adalah kaedah Name and Shame.

Kaedah ini dikhususkan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai jumlah terhutang yang boleh jadi oleh kerana gangguan meter (terma yang selalu buat aku tergelak kerana dalam kepala aku terfikir meter kena rasuk) atau tunggakan bil yang mana jumlah terhutang itu akan disiarkan dalam satu artikel di akhbar. Aku tak pasti going rate untuk artikel surat khabar tapi pastinya jauh lebih murah dari memulakan prosiding penggulungan. Dari segi risiko saman malu dan perkara-perkara berkenaan aku tak nak komen, itu kerja legal department syarikat utility itulah. Sama ada berkesan atau tidak aku tak pasti kerana memang tak pernah buat lagi Name & Shame dan juga mengambil kira zaman sekarang ini rasa malu itu sangat-sangat kurang, itu yang aku nak cuba fikirkan sekarang ini sambil baru habis menderaf satu surat Representasi ni.

Masa kecil dahulu name and shame ini memang senjata ibu bapa untuk memastikan anak-anak itu ikut norma dan nilai-nilai masyarakat sebagai contoh, kalau budak umur dah nak masuk tadika tapi masih ke sana ke mari dengan puting dimulut nanti ada saja mulut yang berkata: ehhh tak maluu. 

Bilakan dah bersekolah nanti name and shame itu diguna untuk memacu prestasi akademik di samping masih lagi untuk memastikan nilai-nilai masyarakat itu diikuti. Sebagai contoh: tak buat kerja sekolah esoknya di ceramah cikgu depan kelas dan kena berdiri atas kerusi. Kalau nasib tak baik, balik rumah pula ada appointment dengan rotan. Malu itu adalah salah satu alat untuk memastikan conformity dan memastikan anak keturunan kita tak membuat faux pas tanpa sedar.

Bila dah makin besar walau dah boleh berfikir sendiri ayat lazim yang akan keluar tak dari bibir mak bapak (tak pun dalam kepala sendiri) kalau nak buat sesuatu yang diluar norma adalah: nanti apa pulak dikata orang. Betul ada benda yang diikut, diamal semua yang tak efisien. Sebagai contoh, kalau nak kahwin adat Melayunya kena merisik dulu. Sudahnya merisik kena bertunang pula. Bila bertunang itu ditanda pula tunangan itu dengan cincin. Walhal kalau ikut efisien dan kalau ikut hukumnya, kalau nak skip terus pada nikah pun tak ada masalah kalau mak bapaknya kedua belah pihak dah setuju. Tapi, nanti apa pula dikata orang melanggar adat.

Aku tak ingat kat mana atau siapa yang cakap (kindly verify this): customs are solutions to problems that we forgot. Merisik itu sefaham aku adalah mekanisma untuk kedua belah keluarga saling kenal mengenal dan indirectly, untuk memastikan yang kita bukan bercinta dengan sepupu rapat sendiri. Ini bukan Alabama. Jem brader kalau bercinta bagai nak rak lepastu dapat tau yang dijanji sehidup semati itu sepupu dekat sendiri. Bertunang itu pula aku umpamakan macam mendaftarkan kaveat di pejabat tanah sebelum pindahmilik dibuat supaya tak ada pula pihak ketiga (baca: kekasih lama) datang menyondol.  Cincin itu bagai papan tanda yang kata trespassers will be shot tapi ada je yang menyondol juga kadang-kadang. Kalau tak masakan bersepah lagu jiwang karat pasal ada orang ketiga.

Kalau kenduri pula adatnya kena berpelamin, belah laki ada belah perempuan pun ada. Walau tak dicakap, bilangan jemputan itu jadi ukuran. Lagi gah lagi tinggi darjat, jadi arms race makbapak sedangkan walimah itu sunnah dan dianjurkan berserdehana, yang berkahwinnya pula menangis dalam senyap. Ialah, terpaksa bergolok gadai untuk kenduri kerana takut nanti apa pula dikata orang. Kejap, kenapa aku sembang pasal kahwin? Ah yes, conformity.

Betul malu itu senjata orang beriman. Malu itu ada nilainya tapi kalau kena pada tempatnya. Bagi aku tiada erti malu dalam mengejar ilmu, tak ada soalan bodoh melainkan orang yang kekal bodoh kerana malu bertanya soalan. Tak malu mengaku kau tak tahu jawapan (melainkan soalannya satu tambah satu itu berapa). Lagi malu kalau terkantoi kau bagi jawapan memandai-mandai pastu tak betul. Tak ada juga soal malu bila mengaku kesalahan kau dan kau berubah. Salah sekali bukan salah selamanya. Malu tu kalau salah berkali-kali dan kesalahannya sama aja. Tak timbul soal malu atau maruah bila menegakkan yang hak. Berani kerana benar, takut kerana salah walau sekarang ini macam dah terbalik. Yang salah berani, yang benar pulak takut. Malu melanggar adat ini aku tak setuju. Kenapa nak malu melanggar adat yang tak mampu kau jujung dan membebankan kau tapi bila ditahan polis tepi jalan kerana cukai jalan tamat tempoh tak malu pula kau menghulur douceur[1].

Mana pegi rasa malu bila ada skandal kandang lembu berubah rupa menjadi apartment mewah? Atau bila terbongkar kes yang semua tahu sampai berbondong datang ke Mahkamah melolong Malu apa bossku! untuk kau. Atau bila terkantoi daging lembu entah mana asal terus tiba-tiba ada cop halal JAKIM? Atau sebenarnya menghulur douceur (damn, I really like the term) itu sebenarnya memang adat walau ditegah syarak which begs the question mana yang lagi utama? Islam dulu baru Melayu ke atau Melayu dahulu baru Islam?

Ok, mungkin aku tak patut menghakimi secara total. Antara tiga contoh nasional itu satu senyap terus tak tahu apa jadi, dua belum tamat lagi. Jadi mungkin belum tiba masa untuk malu ataupun malu itu sudahpun expired. Old news, time to move on to a new source of outrage.

Boleh jadi juga malu itu hanya untuk yang tak berkuasa dan tak punya apa untuk disogok sebab itu sahaja yang dimiliki. Mungkin sebab itu naming and shaming mereka yang punya segalanya tak kiralah orang perseorangan atau syarikat yang gah itu umpama mencurah garam ke laut. Tak terkesan. Tak terconteng arang dimuka bila kau punya harta atau kuasa kerana harta atau kuasa akan menyuci segala. Tapi kalau kau kasta rendah tak punya apa? Malu lah kau sampai mati. Sebab itu je yang kau ada. Rasa malu.

Mungkin sebab itu kita berlumba-lumba nak jadi kaya, nak berkuasa. Sebab nak keluar dari penjara malu.

 



[1] Inducement, Bribe. The French got it right in one word. Hell of a pun.