Do you feel lucky Punk?
Bila cerita tentang punk imej
pertama yang selalunya akan terbit adalah gaya rambut mohawk atau berceracak
tegak dan denim rabak dan busuk dengan patches, dumpster diving. Aku tak mahu
bercakap tentang pemakaian atau ideologi yang dipegang oleh golongan Punk ini
ataupun musik Punk itu sendiri. Itu boleh di Google.
Tak kira apa tanggapan kau
tentang golongan Punk, satu sisi yang aku kira perlu diambil contoh adalah
semangat DIY atau Do-It-Yourself yang diamalkan mereka ini. Dari rekod dan
terbitkan album sendiri tanpa terikat dengan mana-mana label besar, buat zine
sendiri guna kertas A4 lipat dua, buat button sendiri dan segala
maknenek lagi. Pendek kata selagi boleh buat sendiri mereka memang akan buat
sendiri, semuanya demi memberi jari tengah pada Lelaki itu, iaitu personafikasi
otoriti, kerajaan, bos.
Iyalah, zaman sekarang ini
zaman mudah. Semua benda boleh dibeli asal ada wang. Cuma bila semua terjual
akan ada minda-minda licik yang akan cuba mengambil kesempatan untuk membuat
keuntungan lagi selepas jualan dibuat (looking at you HP) terutamanya dengan
servis selepas jualan dan barang ganti. Rosak? Kami boleh baiki. Atau, buat apa
baiki, beli sahaja model kami paling baru. That kind of thing. Semuanya
bertitik tolak pada anggapan: Pelanggan menjalani kehidupan yang sibuk. Buat
apa pening kepala, serahkan pada kami. Cuma bayar lebih sikit. Consumerism at
its best.
Jadi bila aku yang dah lama
tak buat binding bundle sendiri tiba-tiba sibuk grek-grek-grek di sudut ofis,
datang kakak staff dengan muka concerned.
-Encik Amir buat apa ni?
-Buat binding kak
-Kenapa tak bagi kami je buat?
-Sebab saya punk jawab aku angkuh,
dalam hati.
Jauh dibelakang minda aku,
ada benda yang patut aku ingat pasal binding tapi tak terlintas. Ah, lantaklah.
Bila dah lama sangat tenung skrin, buat benda dengan dua tangan sendiri selain
daripada menaip pun jadi syok.
Aku tak ingat dekat mana aku
dengar atau baca tentang kenapa terdapat subjek Kemahiran Hidup disertakan dalam
silibus sekolah rendah dan menengah oleh Madey. Ikut ceritanya Madey perhatikan
bahawa di negara barat Handyman dibayar sedap untuk buat benda remeh
seperti tukar mentol lampu, baiki paip dan lain-lain benda yang boleh je dibuat
sendiri (Do-It Yourself). Madey being Madey dia pun tergerak hati nak suruh
generasi baru rakyat Malaysia boleh buat sendiri baik pulih segala benda ini
dan lebih lagi iatu dari bercucuk tanam, tukar tangki jamban flush, pateri
papan elektronik, kerja kayu, masak nasik goreng, jahit baju dan banyak lagi
lalu lahirlah subjek Kemahiran Hidup.
Punk jugak Madey ni.
Cerita pasal semangat DIY,
aku ada terbaca di Amerika Syarikat berkenaan petani-petani yang bising dengan
John Deere, iaitu pengeluar traktor dan peralatan pertanian yang meletakkan
‘software lock’ pada traktor dan peralatan pertanian yang mempunyai sistem
perkomputeran supaya hanya jurubaiki dari pengedar yang sah sahaja boleh
membuat sebarang baikpulih. Serupa juga macam ahem.. pencetak HP yang
menyorokkan kod dalam security update bagi driver yang akan
menolak sebarang dakwat pihak ketiga daripada digunakan.
Eh sukahati lah nak guna
produk consumables OEM atau pihak ketiga atau nak baiki sendir ke apa.
Sebagaimana perlu ada pilihan untuk beli produk kau, mesti juga ada pilihan
untuk guna consumables pihak ketiga atau nak baiki sendiri. Apesal tak
boleh pulak? Kalau warranty period tak habis lagi lain la cerita.
Setakat kali terakhir aku
check hak untuk ‘right to repair’ di kalangan pengguna traktor John Deere masih
belum lagi diputuskan dalam mana-mana Mahkamah di Amerika. Menarik juga bila
difikirkan pasal ianya adalah pertembungan antara dua idea yang selalu
dikaitkan dengan Amerika Syarikat itu sendiri iaitu freedom (termasuklah
right to repair itu tadi) dan juga sistem hypercapitalism menjadi-jadi
yang menjadi pedoman mereka setelah sekian lama. Yang mana akan prevail?
Entah. Aku nak dok tepi kunyah popcorn.
Oh ya, bila menaip ini aku
dah ingat kenapa aku dah lama tak buat binding dan minta tolong pupil atau
kakak staff. Semuanya pasal tulang belakang aku yang mengingatkan. Sakit
kemain. Nak urut sendiri tak boleh pulak.
Anyway,
Niat itu penting. Mula dengan
benda mudah. Gosok baju sendiri, buat burger patty sendiri, sental jamban
sendiri, basuh pinggan sendiri. Kita terlalu lentok dan lena di dodoi jingle
konsumerism dan janji-janji kapitalis yang kata asal ada wang semua jalan. Selagi
boleh buat sendiri kita cuba buat sendiri. Ada rasa bangga lain macam bila kau
buat sesuatu dengan sendiri walaupun sedikit bengkok-bengkok sebab itu hasil
kerja kau sendiri. Peluh, masa dan kesabaran kau sendiri yang digunapakai/keluar.
Lain macam perasaan dia.
Simbahan air yang mengejut
dari lena adalah PKP sewaktu COVID19 mengganas dahulu. Bila dipaksa terperuk dalam rumah kita tak ada
pilihan tapi untuk menilai semula apa kemahuan dan apa keperluan, skillset apa
yang sangat perlu sampai ada mini revival DIY spirit itu dari suami yang belajar
masak tak jadi pastu share di FB, carta sayur dan ikan yang disediakan untuk
para suami pegi beli di pasar dan bermacam lagi. Sekarang? Entah. Aku tak tau sama
ada kita sudah kembali kepada tabiat pra-PKP dahulu. Cukuplah jadi pengguna
semata-mata hidup bertatang, makan berhidang.
Aku tulis pasal benda ini pun
untuk ingatkan diri aku sendiri juga supaya bukak tali leher, selinsing lengan
baju dan sental jamban pejabat dengan bersungguh-sungguh. Tak pun sesekali buat
binding sendiri.
Baru la Punk.
Comments
Post a Comment