Semalam pendengaran pertama aku di Mahkamah
Persekutuan melalui Zoom. Aku seperti biasa, jadi counsel demi
keterujaan, pengalaman dan sedikit wang. Okay, sebenarnya lebih
kepada keterujaan sebab dapat beraksi di Mahkamah Persekutuan. The
highest court there is. Mumakil of judiciary. The Elephant.
Persoalan
yang ingin dibangkitkan pemohon adalah sama ada Seksyen 347 dan 348
Akta Syarikat 2016 mengubah prinsip asas Derivative Action (‘’DA’’).
Walaubagaimanapun, Pemohon terlalu obses dengan fakta bahawa
permohonan kebenaran bagi DA telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi dan
telah dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan sehinggakan persoalan-persoalan
yang ditimbulkan pemohon untuk diputuskan Mahkamah Persekutuan adalah
lebih kepada cabaran kepada dapatan-dapatan fakta yang dibuat
Mahkamah Tinggi dan bukannya persoalan undang-undang seperti
sepatutnya bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
Teras
utama kes Pemohon adalah berkenaan dakwaan beliau kononnya Pengarah
Urusan syarikat X telah membuat Keuntungan Rahsia dengan membuka
perniagaan-perniagaan yang bersaing dengan syarikat X sejak dari
tahun 2008 lalu telah memungkiri Tugas Fidusiarinya sebagai seorang
pengarah Syarikat X. Akan tetapi Syarikat X enggan mengambil sebarang
tindakan terhadap si Pengarah Urusan kerana kononnya si Pengarah
Urusan ini adalah si penjahat yang sangat berkuasa hinggakan Lembaga
Pengarah pun hanya jadi tukang angguk semata-mata bagi semua
tindak-tanduk Pengarah Urusan termasuklah tindak-tanduk yang
memungkiri Tugas Fidusiarinya. Maka satu permohonan untuk DA telah
dibuat oleh Pemohon selaku pemegang syer di dalam Syarikat X untuk
memulakan satu tindakan mahkamah terhadap Pengarah Urusan itu tadi.
Satu lagi fakta penting, 99% daripada ahli lembaga pengarah dan
pemegang saham adalah adik beradik termasuklah si Pemohon dan
Pengarah Urusan Syarikat X itu tadi yang sebelum ini pernah juga membawa pergaduhan adik-beradik ini ke Mahkamah dengan satu saman fitnah yang akhirnya didapati tidak berasas.
Oh,
lagi satu, si Pengarah Urusan pun dah meletak jawatan dua hari
selepas notis statutori diisu oleh Pemohon kepada Responden.
Jadi
permohonan bagi kebenaran memulakan DA telah ditolak Mahkamah Tinggi kerana antaralainnya, dah tak ada si pesalah laku yang bermaharajalela menghalang
Syarikat X dari memulakan tindakan, nak mulakan DA buat apa pulak. Hakim Mahkamah Tinggi juga mengambil kira kelewatan Pemohon mengambil tindakan dan ketiadaan bukti salah laku Pengarah Urusan tadi dan juga tiadanya bukti kerugian yang dialami Syarikat X akibat tindak-tanduk Pengarah Urusan tadi.
Pemohon antaralainnya mengambil kedudukan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf kerana menggunapakai prinsip common law
dalam memutuskan permohonan statutori dibawah Seksyen 348 Akta
Syarikat 2016 dengan mengambil kira isu kelewatan sebagai salah satu
faktor untuk memutuskan bagi menolak permohonan kebenaran bagi
memulakan DA. Ini satu cubaan untuk mengelirukan Mahkamah. Pada
Pemohon Common Law DA dan Statutory DA ni dua spesies yang berlainan.
Bagi aku ini tak tepat.
Aku
umpamakan Common Law DA dan Statutory DA ni umpama nasik putih dan
nasik kerabu. Rupa lain lain tapi dua-dua basisnya karbohidrat.
Dua-dua wujud untuk bagi kau kenyang. Bezanya Nasik kerabu itu wajib
biru warnanya dan ada sayuran cincang dengan lauk-lauknya sendiri.
Di
bawah Seksyen 181A dan 181B Akta Syarikat 1965 ada dua jenis DA. Satu
dibawah common law dan satu lagi DA statutori dibawah Seksyen 181B
yang memerlukan kebenaran Mahkamah sebelum boleh dimulakan. DA
dibawah Common Law (Seksyen 181A(3)) tak perlu kebenaran Mahkamah.
Seksyen 181A dan 181B ini tadi sama dengan Seksyen 347 dan 348 Akta
Syarikat 2016. Cuma Seksyen 347 (3) Akta Syarikat 2016 telah
memansuhkan hak untuk memulakan sebarang DA melalui common law. Jadi
hanya DA statutori yang memerlukan kebenaran Mahkamah sahaja yang
boleh dimulakan selepas tarikh Akta Syarikat 2016 berkuatkuasa.
Seksyen
181A dan 181B Akta Syarikat 1965, Seksyen 347 dan 348 Akta Syarikat
2016 tidak mentakrifkan apa DA itu sendiri. Bagi aku sebab Akta
Syarikat 1965 dan Akta Syarikat 2016 tidak mentakrif apa yang
dimaksudkan dengan DA itu adalah kerana berlambak case law yang telah
dengan nyata mentakrifkan apa DA itu: pemohon ambil tindakan
undang-undang atas nama syarikat sebab syarikat tak nak ambil
tindakan pasal ada pelaku salah yang berkuasa dalam syarikat
tersebut. Bezanya cuma DA statutori perlu dapat kebenaran Mahkamah
terlebih dahulu. DA Common Law tak perlu.
Mengikut
pembacaan dan pemahaman aku DA adalah salah satu relif equity. Maka
bila melibatkan equity, segala mak nenek maxim (kecuali Hiram Maxim)
akan terpakai termasuklah delay defeats equity. Itu sebab kenapa isu
kelewatan ini dipandang berat oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah
Rayuan walaupun tidak dinyatakan dengan terang-terang sebab memang
terlalu terang dan tak perlu dicakap. Ini pemahaman aku lah.
Untuk
mendapat kebenaran Mahkamah bagi memulakan DA stautori di bawah
Seksyen 348 (4) Akta Syarikat 2016, pemohon harus memenuhi dua syarat
iaitu:
‘’ (a)
the complainant is acting in good faith; and
(b)
it appears prima facie to be in the best interest of the company that
the application for leave be granted. ‘’ (penekanan ditambah)
Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa kelewatan selama
hampir 10 tahun memfailkan tindakan telah membuatkan beliau tidak
yakin Pemohon bertindak dengan suci hati (good faith) melalui
permohonan kebenaran untuk DA itu. Dalam alasan penghakiman Mahkamah
Tinggi ada rujukan dibuat kepada kes England, Australia, Singapura
dan keputusan Mahkamah Rayuan yang merujuk kepada keperluan ‘good
faith’ yang perlu dipenuhi bagi DA sebelum Seksyen 348 Akta
Syarikat 2016 terpakai (yang sebijik dengan Seksyen 181B (4)(a) Akta
Syarikat 1965). [Sila rujuk Nota]
Mahkamah
Tinggi juga mendapati bahawa Pemohon tidak mengemukakan bukti yang
cukup bagi menyokong dakwaan-dakwaannya berkenaan kemungkiran Tugas
Fidusiari yang dilakukan oleh Pengarah Urusan Syarikat X. Tiada bukti
juga dikemukakan bagi menunjukkan kerugian yang telah dihadapi oleh
Syarikat X berikutan kemungkiran Tugas Fidusiari Pengarah Urusan itu
tadi. Bila kedua-dua ni tidak mencukupi macam mana nak melepasi aras prima facie itu sendiri. Permohonan pemohon ni serupa seperti nasik kerabu yang
nasiknya tak biru, sayur pun dah layu.
Mahkamah
Rayuan cakap apa? Secara pendeknya, Mahkamah Rayuan affirm keputusan
Mahkamah Tinggi.
Semua
ni nampak cantik atas kertas, tapi bila nombor kes dipanggil (kes
pertama dalam senarai) memang rasa gemuruh lain macam walhal aku
mewakili Responden je. Nasib baik melalui Zoom.
Aku
ingat Yang Amat Arif Hakim Besar Sabah dan Sarawak memulakan acara
dengan terus pergi ke Soalan utama ke -4. Seingat aku ada dalam 11
soalan termasuk soalan utama yang ada empat. Soalan utama ke -4
adalah:
‘’Sama
ada kelewatan adalah salah satu faktor yang perlu diambil kira dalam
permohonan kebenaran dibawah Seksyen 348 Akta Syarikat 2016. ’’
Peguam
pemohon rancak cuba menangkis soalan-soalan dari panel. Aku rasa
dekat 15 minit juga peguam Pemohon berhujah. Bila peguam pemohon
memberi penerangan terus kena; but don’t you think that is a
question of fact? Bila aku dengar asakan-demi asakan dari panel aku
teringat Fahri pernah cakap dulu, buat question of law untuk Mahkamah
Persekutuan ni satu seni, macam menu makanan yang buat kau kecur air
liur cuma bezanya yang nak kena kecur air liur tu panel Mahkamah
Persekutuan.
Apa
yang Mahkamah Persekutuan nak adalah soalan fakta yang ditanyakan
dalam bentuk persoalan undang-undang yang memenuhi kehendak Seksyen
96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Aku rasa lah. Itu apa yang aku
nampak dan perhatikan daripada kes aku semalam dan kes selepasnya
yang aku pasang telinga dengar.
Hujahan
aku? tak ingat verbatim apa yang aku hujahkan tapi aku ingat yang aku
cuba berhujah macam Fahri syorkan. Short and sweet. No fat, no
filler. Aku mulakan dengan keperluan Seksyen 96 Akta Mahkamah
Kehakiman 1964 tak dipenuhi, sebab semua persoalan yang ditimbulkan
adalah persoalan fakta dan bukan persoalan undang-undang.
Pastu
aku hujahkan yang Seksyen 348 itu tadi membuatkan hanya statutory DA
yang boleh dimulakan sekarang ni tapi dia masih lagi DA. Seksyen 348
atau mana-mana peruntukkan Akta Syarikat 2016 tak mengubah secara
terus ingredients DA itu sendiri. Pastu cakap pasal DA ni masih lagi
equitable remedy walaupun ada statutory requirement untuk leave,
sebab tu kena penuhi good faith requirement, prima facie for best
interest of company and all that. Sebab tu Mahkamah Tinggi putuskan
yang kelewatan 10 tahun tu membuatkan good faith permohonan Pemohon
boleh disangkal.
Takat
tu je aku betul-betul ingat apa aku submit.
Ada
benda lain yang aku jawab sebagai balasan kepada apa yang peguam
Pemohon timbulkan, aku rasa lah. Aku ingat ada beberapa kali aku
tergapai-gapai perkataan yang aku nak guna masa tengah berhujah tu.
Filler noise aku sangat banyak. Boleh jadi sebab adrenalin. Boleh
jadi sebab tak cukup tidur. Malam sebelumnya aku tidur lambat pasal
ada di pejabat rakan pengamal buat prep sampai tengah malam.
Aku
ingat panel senyum simpul tengok aku berhujah macam kucing tengok
tikus tengah bersilat depan mata. Yang betul-betul aku ingat YAA Tan
Sri Dato’ Abdul Rahman Bin Sebli ada tanya apa requirements DA; aku
bagi dia requirements. YA Dato' Sri Hasnah Bt Dato' Mohammed Hashim rujuk pada kes Re Senson Auto Supplies [1987] 1 LNS 110; [1988] 1 MLJ 326 yang dirujuk Mahkamah Rayuan bagi isu kelewatan, YA cakap ini kes oppression kan? Aku kata ya tapi dalam kes tu diputuskan bahawa kelewatan mengambil tindakan dianggap seperti satu persetujuan dengan tindak tanduk yang kini dibantah tu. Jadi same principles still apply to this case. YA Dato' Mary Lim Thiam Suan ada tanya isu delay
dengan requirements Seksyen 348 Akta Syarikat 2016 ni Mahkamah
Persekutuan pernah putuskan tak, aku jawab tak sebab memang aku baru
double confirmkan pagi tu jugak di CLJ dan MLJ tapi soalan itu adalah soalan yang peculiar kepada fact of this case so Mahkamah Persekutuan tak patut entertain. Itu sahaja soalan dari panel.
Aku
berhujah tak sampai 10 minit. Aku cuma ikut rentak panel, serang area
yang mana panel serang Pemohon. YAA tanya ada benda lain tak nak
submit on, aku cakap takde. Peguam pemohon ada nak balas hujahan aku.
Panel layan 2-3 minit sebelum terus potong; no no. We have heard from
you. Unless there are anything else this Court will stand down for
deliberation. Lepas 5 minit camtu terus dapat keputusan. Unanimous,
no question of law to be deliberated upon. Leave application
dismissed with costs RM 30,000.00.
Fist
pump off camera, cakap terima kasih pada panel pastu tutup video dan
mic. Aku kemudiannya termenung, tengah cuba proses apa yang terjadi.
Memang macam satu cerita VC George dalam buku dia; menang kes tapi
tak tau cemana boleh menang. Tapi ada jugak satu perasaan aku tak tau
nak ungkapkan dalam kata-kata yang betul.
Paling
dekat aku boleh gambarkan adalah bila kau tengah nak ke puncak gunung
yang paling tinggi dikalangan gunung-gunung yang bercabang dan kau
dah sampai puncak gunung jiran yang paling rendah. Rehat sebentar,
kunyah roti disapu sekaya dengan tenang sambil tengok pemandangan
sekejap. Pastu tenung puncak tertinggi yang nak dituju, semat dalam
hati dan pemikiran bahawa itu tempat yang nak dituju.
Penat?
Memang penat. Rasa boleh tido seminggu. Mungkin sebab adrenalin dah
habis dicerna. Dulu selepas satu file MOB di Putrajaya aku ada tengok
Kamarul Hisham beraksi. Mula di Federal Court, selesai di FC
berasap sekejap di luar bangunan Mahkamah pastu pi satu lagi hearing
di Court of Appeal pulak. Aku rasa dia balik dari POJ terus tido
sebulan kut.
Menung
punya menung instructing solicitor call, ajak pegi kedai daun pisang
dan janjikan bayaran secepat mungkin (fist pump lagi). Sesampainya di
kedai aku nampak gambar dewa Ganesha atas alang pintu kedai tengah
senyum. Aku pun senyum balik.
I
have seen the elephant.
Apa
yang berlaku pagi semalam umpama gajah metaforikal yang buat false
charge yang mengegar bumi tapi bila sampai depan aku, gajah tu
berhenti dan kenyit mata pada aku. Pastu blah.
Aku
dah buat yang terbaik pada waktu itu tapi sentiasa ada ruang untuk
ditambahbaik. Banyak yang boleh perhalusi lagi terutamanya dari segi
advocacy dan clarity of thought. Pada masa yang sama aku tak sabar menanti peluang untuk
berhujah di Mahkamah Persekutuan lagi.
Kali
ni, full appeal pulak. Biar gajah metaforikal meluru for real, dengan mendering nyaring umpama trompet perang dan bumi bergegar kuat dan
aku?
Aku
hanya senyum keterujaan.
Nota.
a) Prudential Assurance Co Ltd v
Newman Industries Ltd and others (No 2)[1980] 2 All ER 841 (Court of Appeal (England & Wales))