The Abominable/ Assistive/ All-Powerful? Intelligence

2 minggu lepas waktu sesi sembang santai bagi bulan Ogos ada rakan mentor aku yang turut sama sertai. Sebelum beliau sampai lagi topik perbualan memang menjurus kepada AI generated art, sustainability dan ethics menggunapakai AI Art, program yang boleh mengenal dan membezakan AI generated art dan yang dihasilkan oleh manusia. Sesampai rakan Mentor aku itu, dia diperkenalkan sebagai peguam masa hadapan. Cekap coding, selesa berenang dalam jargon dan ide-ide tekno sepertimana selesa dengan ide-ide dan konsep perundangan. The future litigator yang boleh dual wield. Ini  jelas bila penerangan yang diberikan mengenai beza Generative AI (macam ChatGPT) dengan Large Language Model (LLM) sampai kepada yang mendengar.

Beliau menggunapakai teknologi terkini termasuklah LLM untuk membantu tugas-tugasnya sebagai seorang peguam litigator. Aku dengar pun terlopong, inikan pulak nak terangkan balik dengan segala butiran. Sebelum ini aku ada terbaca pasal bagaimana dia ada menulis kod untuk program yang boleh membuat Rekod Rayuan tinggal siap untuk dicetak dan di bind. Jadi bila dengar berdepan tuan punya badan bercerita pasal teknologi, AI, LLM dan amalan guaman itu pun membuatkan aku rasa macam caveman baru terfikir nak laga batu untuk mulakan unggun api tapi bila toleh sebelah jiran gua sebelah selamba tengah nyala rokok guna pemetik api.

Anyway,

Kata The Future Litigator, tahun 2027 adalah tahun penting bagi perkembangan teknologi. Aku tak ingat seratus peratus apa yang dikatakan sebab aku tak sempat tulis. Gistnya yang aku ingat adalah, kalau kita rasakan segala kandungan video, teks, gambar dan lain-lain yang dihasilkan oleh generative AI setakat ini menakutkan, tunggu tahun 2027 bila generative AI ini dikatakan akan betul-betul habis belajar. Jadi, masih ada masa untuk kau membuat persediaan. Sama ada nak korek bunker depan laman rumah, simpan stok kertas tandas berkotak-kotak, atau belajar macam mana nak hidup dalam dunia yang mungkin akan menuju ke arah Skynet. Ialah, China dah guna facial recognition system dah lama dah nak mengawal pergerakkan rakyatnya, sekarang kutip gaya berjalan pula sebagai cara untuk mengenal pasti individu (Aku terfikir kalau yang pakai wheelchair pulak macam mana kira?). Next war will be an AI War kata si Future Lawyer tenang. Aku duduk dah tak keruan. What manner of a world my children will be living in? Takut pun ya, excited pun ya juga bila teringat pasal Mike dan Mannie dalam The Moon is a Harsh Mistress. Takut pasal teringat pada tengkorak Terminator terseringai dan bermata merah.

Pengetahuan, adalah antidot kepada perasaan takut kerana kita takut apa yang kita tak faham. Jadi, adalah harus untuk kita mendalami apakejadahnya AI dan suku sakatnya ini dan bagaimana ianya akan mengubah landskap amalan guaman ini walaupun nampak macam satu perkara yang hampir mustahil. Amat mudah untuk terus berputus asa dan balik kampung dan bercucuk tanam. Itupun kalau kampung kau masih diluar bandar. Jadi untuk golongan seperti aku yang memang orang bandar yang masih nak mengamal undang-undang selama boleh, memang perlu belajar mengenai AI ini dan lebih spesifik lagi, pasal LLM. Menurut Future Lawyer, peguam sepatutnya tak ada masalah untuk berurusan, melatih dan menggunapakai LLM ini memandangkan tugas hakiki kita memang menggunapakai bahasa tak kira Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Aku kagum bila dengar beliau terangkan yang LLM dilatih beliau sampai tahap boleh berbalas-balas hujahan perundangan dengan tuan punya badan sendiri. Kagum dan spooky as hell.

Aku tak ada gambaran khusus, cuma ada teori am yang mengatakan bahawa tugas peguam dan sistem keadilan akan makin jadi semakin mencabar. Next war will be an AI War and the first casualty of all wars, the truth. Audio clip yang memang mirip suara si polan tengah mengaku perbuatan yang tak pernah berlaku, video si entah sesapa yang dikenali ramai kononnya tengah beromen on High Definition padahal tak pernah berlaku (iye ke?) atau video instafemes menjual produk itu ini yang membuatkan kita terfikir wah ini mamat pun sudah diversify business beliau, gambar-gambar hyperrealistic yang berpotensi untuk menjahanamkan reputasi dan kredibiliti seseorang tapi tak pernah ditangkap oleh mana-mana kamera, dokumen yang nampak asli seratus peratus tapi tak pernah dikeluarkan atau ditandatangan oleh sesiapa. Siapa yang nak tentukan asli atau tak? Pakar? Malam yang sama aku jugak diberitahu kandungan yang dihasilkan oleh AI dah makin gila dan makin hyperrealistic sampai kadang-kadang hanya satu program yang turut mengguna teknologi AI yang yang boleh mengenalpasti sama ada sesuatu karya itu dihasilkan oleh AI. Gila. Itu baru karya. Belum lagi benda-benda lain. Kalau ketulenan sesuatu itu hanya sesebuah program yang boleh tentukan, macammana pulak nak guna bawah Aturan 40A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012? Macam mana program nak affirm Afidavit? Adakah program tersebut pula akan dianggap sebagai seseorang individu sebelum diangkat sebagai seorang saksi pakar dibawah Seksyen 45 Akta Keterangan 1950?

Ok, mungkin aku terlalu jauh.

Satu benda yang encouraging (bagi aku lah) AI ke LLM ke, mereka tak ada kreativiti, tak ada emosi sebagaimana manusia biasa dan aku harap pasca 2027 masih tetap sama. Menurut Future Lawyer, apa yang AI dan LLM boleh hasilkan cuma derivative, campuraduk segala data yang disumbat masuk. AI mungkin boleh terangkan bagaimana proses kelahiran seorang bayi itu, mungkin boleh generate video atau boleh simulatekan tindakbalas saraf yang berlaku melalui peranti tapi ianya takkan boleh capture atau simulatekan perasaan seorang bapa bila tengok bayi itu lahir.

AI mungkin boleh terangkan apa yang ditulis atau direkodkan dalam video atau lagu tentang cinta, tapi ianya takkan boleh capture atau simulate apa perasaan cinta itu sendiri. Ia takkan mampu menggambarkan perasaan pertama kali berpegangan tangan dengan kekasih kau. Ia takkan mampu menulis lirik lagu rock kapak pasal cinta tak direstui orang tua atau ekspresi cinta yang lahir dari hati yang jiwang karat. Ia takkan mampu untuk menulis bait-bait puisi cinta yang sappy as heck.

.

.

.

Ok, aku tak berapa tepat. Apparently they can pasal aku baru mintak ChatGPT tulis lirik lagu rock kapak. Passable, tapi bila diamati ada kekakuan. Tak ada life. Kaku.

Mungkin sebab AI dan mesin-mesin ini tak bernyawa dan dia cuma dapat imitate lirik-lirik lagu sedia ada. Dia takkan dapat mengabadikan rasa cinta tak berbalas macam arwah Bob Lokman buat dalam Taman Rasyidah Utama pasal iyalah, dia mesin. Mana pulak nak kena friendzone nye pulak. AI ke Mesin ke tak mampu (aku harap kekal sebegitu) untuk rasa apa yang kita rasa atau lihat sesuatu sepertimana kita lihat (baca: kreatif).

Pengakhirannya AI ke Skynet ke, semuanya buatan Manusia. Tak sempurna sebab kita pun tak sempurna. Mungkin aku angkuh, mungkin aku cakap untuk sedapkan hati tapi aku percaya tak ada yang boleh menggantikan umat manusia yang boleh mencipta dan mengguna kenderaan yang rumit seperti kereta tapi pada masa yang sama masih gagal untuk faham prinsip mudah seperti guna lampu isyarat bila menukar laluan memandu. Capable of great things and great folly. Itu spesis kita.

Kesempurnaan. Itu yang kita kejar dalam setiap usaha kita. Itu yang kita cari dalam setiap benda yang kita temui atau cipta, tapi takkan terjumpa. Takkan. Future Lawyer pada malam itu juga ada mengatakan tentang premis menggunapakai AI untuk menghasilkan keputusan Mahkamah yang sempurna adalah bullshit. To make mistake(s) is to be human. Kalau tak ada error untuk dirayu, di review apa guna ada undang-undang ada lawyer, ada hakim.

Kita sebagai manusia terlalu mudah untuk mengagung-agungkan seseorang atau sesuatu ide itu termasuklah teknologi dan lebih spesifik lagi teknologi AI. Tak mustahil satu hari nanti terbawa-bawa sampai ke tahap penyembahan sebab kita tercari-cari kesempurnaan dalam semua benda itu dan kononnya teknologi AI ini pinnacle kesempurnaan sedangkan kita lupa bahawa perfection is not of this world but for the next one. Speaking of which, aku rasa molek kalau diakhiri taipan aku ini dengan rujukan kepada cerita pendek berjudul The Last Question oleh Isaac Asimov. Aku terjumpa The Last Question ni bila aku sibuk mengGoogle pasal AI. Seronok baca pasal dia ada titik pertembungan antara teknologi, lagi spesifiknya diantara AI penciptaan alam semesta dalam biblical sense dan melainkan aku salah, titik permulaan kepada Clarke’s 3rd Law.

 

‘Matter and energy had ended and with it space and time. Even AC existed only for the sake of the one last question that it had never answered from the time a half-drunken computer [technician] ten trillion years before had asked the question of a computer that was to AC far less than was a man to Man.  All other questions had been answered, and until this last question was answered also, AC might not release his consciousness.  All collected data had come to a final end. Nothing was left to be collected.  But all collected data had yet to be completely correlated and put together in all possible relationships.  A timeless interval was spent in doing that.  And it came to pass that AC learned how to reverse the direction of entropy.  But there was now no man to whom AC might give the answer of the last question. No matter. The answer -- by demonstration -- would take care of that, too.  For another timeless interval, AC thought how best to do this. Carefully, AC organized the program.  The consciousness of AC encompassed all of what had once been a Universe and brooded over what was now Chaos. Step by step, it must be done.  And AC said, "LET THERE BE LIGHT!"  And there was light –‘’

 


Comments

Popular Posts