Most-tradamus, most of the time.


Menurut laman web SciJinks yang dikelolakan oleh National Oceanic and Atmospheric Administration, the Yankee equivalent of our Met Department, Ramalan cuaca bagi tujuh hari mempunyai 80 peratus ketepatan. Ramalan cuaca bagi 5 hari pula mempunyai ketepatan sebanyak 90 peratus. Ramalan cuaca untuk 10 hari dan selebihnya selalunya betul. Tak ada peratus diberikan. Jadi aku pemahaman aku adalah, ramalan cuaca untuk 10 hari atau lebih dalam bahasa kasarnya; entahkan ya, entahkan tidak.

Ini menunjukkan dengan segala teknologi yang ada pun kita masih belum dapat meramal masa depan dengan tepat. Apa tah lagi cuaca. Eh, terbalik. Tak mampu meramal cuaca dengan tepat, apatah lagi meramal masa depan. (Looking at you, Monsewer Nostradamus)

Michel de Nostradame atau lebih dikenali sebagai Nostradamus adalah seorang physician, astrologer, apotek dan oracle (kata orang). Beliau dikenali kerana ramalan-ramalan masa depan berbentuk quartrain yang dibuat dalam karyanya Les Prophéties yang diterbitkan pada tahun 1555.

Kali terakhir ramalan si Nostradamus ni jadi sensasi adalah pada tahun 2001 bila tumbangnya WTC di New York pada 11 September 2001 dek serangan pengganas (katanya). Aku ingat sebab ada pakcik aku semangat usung buku The Prophecies datang ke rumah nenek aku untuk ditunjuk pada sanak-saudara yang kononnya peristiwa itu dah diramal.

Menurut Wikipedia, sumber rujukan awam yang sesiapa boleh edit, Quartrain pertama yang dikaitkan dengan peristiwa tersebut adalah quatrain VI.97:

 

Cinq & quarante degrés ciel bruslera,

Feu approucher de la grand cité neufve,

Instant grand flamme esparse saultera,

Quant on voudra des Normans faire preuve :

 

Atau dalam Bahasa Inggerisnya:

Five and forty degrees, the sky shall burn:

To the great new city shall the fire draw nigh.

With vehemence the flames shall spread and churn

When with the Normans they conclusions try.

 

Penerangan yang diberikan adalah seperti berikut:

"Five and forty degrees" was said to be the latitude of New York City (New York's latitude is 40°47'), and was interpreted as "40.5 degrees" (even though the decimal point had not yet come into use in the Europe of Nostradamus' day). "New City", similarly, was claimed to be New York (even though Nostradamus refers in this way to various "New Cities" whose names, unlike "New York", literally mean "New City", and especially Naples – from Greek Neapolis, "new city"); and most of the attempts to fit in the "Normans" of line 4 seemed contrived at best. While it is true that New York State, which has the same name as New York City, crosses 45° latitude, it cannot, of course, be described as a "new city", and so doesn't fit line 2 of the verse.[9]

 

Bagi aku baris terakhir quartrain tersebut ada sedikit mistranslation. Baris tersebut sepatutnya berbunyi:

When with the Normans they conclusions fry.

Ini merujuk kepada kepada perbalahan kecil di antara Amerika Syarikat dengan Perancis berkenaan Perang Iraq 2003 dimana Perancis enggan menyertai pakatan yang ingin menyerang Iraq. Pasca 9/11 timbul ura-ura yang tak pernah disahkan kononnya Iraq menyembunyikan pengganas Al-Qaeda yang bertanggungjawab kepada serangan 9/11 itu. Jadi bila Perancis mengatakan Merde! (pardon my French) pada dakwaan itu dan ajakan Amerika Syarikat untuk menyerang Iraq, keluar didalam akhbar yang ada kedai di Amerika Syarikat yang menjenamakan semula French Fries kepada Freedom Fries. Bila barisan terakhir itu diubah seperti aku tulis di atas, barulah boleh dikatakan quartrain itu tadi merujuk kepada peristiwa 9/11 itu.

Iya, ini adalah lawak bodoh dari aku.

 

Anyway..

 

Quartrain kedua berkenaan 9/11 adalah quatrain I.87 seperti berikut:

 

Ennosigée feu du centre de terre

Fera trembler au tour de cité neufve:

Deux grands rochiers long temps feront la guerre

Puis Arethusa rougira nouveau fleuve.

 

Atau dalam Bahasa Inggerisnya:

Earth-shaking fires from the world’s centre roar:

Around "New City" is the earth a-quiver.

Two nobles long shall wage a fruitless war,

The nymph of springs pour forth a new, red river.

 

Dan penerangan yang diberikan sekali lagi dari ihsan Wikipedia adalah:

‘’Here, once again, the cité neufve was claimed to be New York; au tour de had to refer to the Twin Towers (even though, in French, the word tour in the masculine – as it is here – has absolutely nothing to do with towers, but is part of a phrase meaning "around"); the Deux grands rochiers had to be the Twin Towers themselves; and Arethusa was said to be an anagram of "the USA". Once again, however, a rather more sober investigation by Brind'Amour[11] had already revealed (bearing in mind that, in French, faire la guerre aux rochers, or "to make war on the rocks", simply means "to struggle fruitlessly") that the reference was probably to Naples and its nearby volcano. Subsequent investigation by Lemesurier[3] and his colleague Gary Somai[12] suggested that it applied particularly to the Annales Cassini's report of its lava eruption of 1036, at a time when the Lombards of Capua and the Byzantine dukes of Naples were constantly at war over the city prior to the decisive intervention of the Normans. For 968, similarly, Leo Marsicanus had reported in the same annals that "Mount Vesuvius exploded into flames and sent out huge quantities of sticky, sulfurous matter that formed a river rushing down to the sea". Thus, given that Arethusa was the classical nymph of springs and rivers, with a well-known "spring of Arethusa" still visible today in the Sicilian port of Syracuse, the case for a "9/11" interpretation was evidently unfounded.’’

Yang ini aku tak ada komen melainkan, ada-ada je lah kau ni Nostradamus..

Kesimpulannya, ramalan-ramalan ini semua selalunya takkan menggunakan ayat dan bahasa yang terang dan mudah dihadap (case in point: Ramalan Oracle of Delphi pada Zeno). Nak kena ada berbunga-bunga, samar tapi tak samar sangat supaya yang percaya boleh buat interpretasi sendiri dan supaya yang skeptik dengan sekali pandang boleh kata: c'est de la merde!

 

Semalam aku kalah satu rayuan di Mahkamah Rayuan. Not welcomed but one of the probable outcome. Sudah tentu ada pasang harapan untuk menang tapi tak banyak. Mungkin sekitar 10 peratus pasal tak mahu kecewa sangat kalau kalah. Jadi bila YA Nantha Balan mengumumkan keputusan panel untuk menolak rayuan kami, aku tak terkejut pun dan anak guam pun tak terkejut pasal aku tak janji bulan dan bintang pada mereka walaupun itu hasilnya selepas tunggu 6 tahun. Walaupun aku rasa kami ada kes yang ampuh aku cuma janji apa yang aku tau. To give a damn good fight, and I did.

Ada satu pagi itu sekitar seminggu sebelum tarikh rayuan tadi itu, aku dalam perjalanan ke Mahkamah Shah Alam untuk satu pendengaran. Aku memandu dalam keadaan diantara mengantuk dan sedar seperti biasanya. Bezanya pada pagi itu entah macam mana kepala boleh terfikir tentang kenapa perkaitan undang-undang bertulis dan keinginan kita untuk meramal masa depan. Kita semua mahukan kestabilan. Kita semua mahu merancang. Oleh kerana itu kita semampu boleh ingin meramal masa depan. Bila boleh diramal, boleh dirancang, bila boleh dirancang, kebiasaannya akan ada kestabilan.

Setakat ini belum ada lagi hakim A.I. atau separa mesin. Masih semua manusia. Manusia ni pula rambut sama blonde/brunette/etc (kalau ada rambut lagi lah), tapi hati dan pemikiran lain-lain. Tak sama. Tak berapa nak predictable. All those big ideas about equality, fairness is one thing about the Law. My sleep addled brain on that morning drive to Shah Alam concluded that the main reason for the existence of the Law is to provide some measure of predictability in an unpredictable existence. Old news. I know. It took me this long to appreciate stare decisis and the Law beyond what was thought in law school. What can I say, I have a slow digestive system.

Sometimes things will go off the rails of predictability as provided by the laws as written and they will because that is just life.  Order 92 Rule 4 of Rules of Court 2012, Rule 105 of the Rules of Court of Appeal 1994, Rule 137 of the Rules of the Federal Court 1995 membenarkan Hakim-hakim untuk membuat keputusan diluar peruntukkan Mahkamah masing-masing dengan syarat ianya untuk menghalang daripada berlakunya ketidakadilan dan/atau penyalahgunaan proses Mahkamah kerana bila adanya sistem kehakiman yang kukuh, keadilan itu adalah hasil yang dijangkakan.

Semalam selepas selesai menerangkan pada anak guam apa yang boleh dibuat seterusnya dengan kes mereka (mereka tak marah kalah pasal nampak aku bersungguh berhujah demi kes mereka) aku ke gerai nasik lemak di luar Istana Kehakiman, menghadap Boulevard (tengah hari itu menjadi boulevard of broken dreams bagi aku). Kawan aku yang menjadi second chair berapi-api marah dengan keputusan dan juga dengan benda lain yang ada kaitan dengan rayuan. Aku yang dah hampir 2 minggu tak jadi orang cuma mampu gelak kecil dan senyum keletihan sambil suap nasik. Nak cakap apa lagi,

 

C’est la vie.

 

 

Comments

Popular Posts