Honesty

 

Diogenes si filusuf gelandangan pernah dikatakan berjalan-jalan di sekitar bandar Athens (tak silap aku lah) dengan membawa pelita pada waktu tengah hari buta dan menyuluh ke muka setiap orang yang dia jumpa. Bila ditanyakan kerja gila apa lagi yang sedang dibuat, beliau cuma membalas: Aku tengah mencari orang yang jujur.

 

Aku boleh bayangkan berapa banyak boo si Diogenes ni kena dengan jawapan sebegitu. Mungkin kena baling selipar pun ya jugak. Yelah, patutnya jujur itu factory setting kita tapi sebenarnya tidak. Umat manusia ni tak berapa pandai nak menilai kejujuran sebab default mode kita adalah untuk menipu dan buat cerita. Jadi kita semua sebenarnya nak sangat untuk percaya apa yang orang lain katakan tapi pada masa yang sama kita sangat berhati-hati sebab kita memang dilahirkan sebagai penipu. 


Satu benda yang aku perasan dan aku rasa kau pun perasan adalah cerita rakyat dan mitos selalu mengagung-agungkan si kaki putar. Prometheus, Loki, Sang Kancil. Kesemuanya kaki belit, trickster figure yang mana bila lawannya ditewaskan dengan helah/tipudaya kita pun bertepuk tangan sebab hero menang kerana menggunakan akal bergeliga.

 

Berapa banyak kali si Harimau kena tipu dengan Sang Kancil sampai kena belit dengan Tedung, bengkak bengkil kena sengat dengan tebuan tapi kita buat pengecualian bagi kes-kes ni sebagai penggunaan akal yang awsome. Tapi masa kecik-kecik dulu juga kita selalu dipesan mak bapak supaya sentiasa bercakap benar. Kena jujur. Jangan membohong. Siakap senohong ikan buntal ikan duri, bercakap bohong lama lama mencuri. Cerita rakyat cakap satu benda, mak bapak dan pepatah lama pulak cakap sebaliknya. Hairan kan? Bila kejujuran itu bukan default mode manusia, tak berapa nak menghairankan.

 

Liar Liar iaitu filem era 90’an yang dibintangi Jim Carey mempunyai sebagai premis utamanya stereotaip biasa peguam; tak boleh dipercayai, kaki putar dan lain-lain sebelum beliau akhirnya insaf dan cuba untuk bercakap benar demi tidak dipisahkan daripada anak lelakinya.

 

Side note: Dalam Mahkamah hanya saksi yang memberi keterangan yang akan mengangkat sumpah untuk berkata benar. Padahal Hakim dan peguam juga manusia macam para saksi yang mempunyai kebarangkalian sama untuk mempunyai definisi longgar tentang apa yang dimaksudkan dengan berkata benar. Itu kalau minda pesimistik aku yang berkata-kata lah. Ke sebenarnya sebab peguam-peguam dan Hakim itu umpama tukul dan andas (anvil) yang membentuk keterangan saksi hingga akhirnya betul salah, apa yang diterima sebagai kebenaran di dalam sesebuah kes itu diputuskan umpama pandai besi membentuk besi merah membara hingga akhirnya menjadi parang atau keris, sebab tu peguam dan Hakim tak perlu angkat sumpah.

Aku rasa lah.

 

Kembali ke Liar Liar, ok lah, walaupun ada tokok tambah Hollywood tapi itu tidak bermakna itu bukan anggapan sebenar orang awam. Pandangan awam selalunya adalah asal peguam je kaki putar, kaki tipu. Padahal dalam Practice and Etiquette Rules tu tanggungjawab pengamal untuk berlaku jujur dan berterus terang ada diulang-ulang sekurang-kurangnya empat (4) kali untuk bermacam situasi. Seolah-olah nak mengingatkan pengamal yang memang senang nak tergelincir dari landasan yang sepatutnya kalau pengamal dah mula cakap main sembur, tak kira betul atau tidak. Memang ada la pengamal yang kaki scam, kaki kencing ni tapi itu mungkin segmen kecil, tak mewakili kesemua pengamal yang lain. Mereka ni mungkin lupa pasal Practice & Etiquette Rules. Aku pun lupa dan terus lupa kalau bukan sebab jumpa yang mengingatkan.

 

Kejujuran ni kalau bukan peguam pun memang patut ada dalam diri setiap orang, memang dari kecil lagi mak bapak dah ajar tapi bila kau ada Sijil Amalan dan sarung suit hitam-putih kejujuran tu seumpama jadi optional tak kisahlah apa alasan yang kau ada. Itu pengamatan aku. Boleh jadi pengamatan aku sedikit sebanyak dicemari dengan tanggapan orang ramai lah. Boleh jadi juga aku terlalu banyak berurusan/bercampur dengan douchebags sampai kadang-kadang ada juga tertanya-tanya adakah aku juga seorang douchebag sebab aku tak pasti.

 

Anyway, nampak ada disconnect diantara realiti dan idea. Kejujuran dalam setiap perbuatan dan tindakan seorang peguam itu memang sentiasa ditekankan. Fair dealing and honesty and all that cal tapi, sejujurnya, siapa yang boleh betul-betul kata dia jujur dan kekal jujur pada setiap masa?

 

Aku bagi contoh mudah. Ingat bahawa sebagai pegawai Mahkamah kau ada tanggungjawab untuk memaklumkan Mahkamah kepada sebarang perubahan kepada undang-undang atau provisi yang kau ketahui (Rule 20, Practice and Etiquette Rules 1976). Berapa ramai peguam yang terjumpa akan satu kes terbaru yang mengikat Mahkamah dan tak berpihak pada hujahan kau akan membawa kes tersebut ke perhatian Mahkamah? Tambah pulak kalau kes tu tak sampai ke perhatian Mahkamah kau boleh menang. Aku pun tak berani nak cakap kalau aku dalam situasi tu apa yang akan aku buat sebab aku faham kadang-kadang keinginan nak menang tu membuak-buak.

 

Lagi satu contoh, kau nak membuat permohonan untuk injunksi tapi ada beberapa fakta material yang tak berpihak pada kau. Jadi kau tak sebut pun pasal fakta-fakta yang tidak berpihak pada kau itu. Alasannya, kau tak tipu, kau cuma tak beritau. Padahal kau tau Aturan 29 Kaedah 1(2A)(e) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ada cakap yang kau kena maklumkan pada mahkamah semua fakta yang mungkin membuatkan Mahkamah tidak membenarkan permohonan injunksi kau itu. Tapi kau buat senyap, tak beritahu sebab kau nak menang. Keji sungguh kau ini.

 

Itu kalau peguam lah.

 

Lagi satu contoh, yang ni untuk lelaki yang dah beristeri.

 

Tengah tengok movie dengan isteri. Cerita Bladerunner 2049. Sampai babak Ana de Armas di skrin isteri tanya dia cantik ke Ana de Armas lagi cantik? Aci potong jari kau akan cakap isteri kau lagi cantik (tak pun buat-buat tertido). Sebab jelas lagi bersuluh itu soalan perangkap, peluang untuk kau jaga hati isteri, untuk validate kedudukan dia dalam dimata kau (tolak tepi risiko tidur luar rumah kalau salah jawab). Tapi itu tak mengubah fakta yang kau tak beri jawapan sebenar, melainkan isteri kau memang lagi cantik dari Ana de Armas. Yelah, kau boleh agak apa akan jadi kalau kau bagi jawapan selain dari apa yang dia harapkan. Isteri kecik hati, tarik muka, merajuk nak dipujuk dan bermacam kebarangkalian lain yang boleh kau elak kalau kau bohong sunat. Semuanya demi menjaga keharmonian rumah tangga.

 Sebab tu kau takkan tanya dengan isteri kau Ryan Gosling handsome ke tak. Tak nak panjang cerita. 

 

Jadi kenapa kita tak berlaku jujur?

Mungkin memang ada dalam survival trait kita, telah dikodkan dalam otak cicak primitif kita untuk mengekalkan apa yang sedia ada dan kalau boleh untuk mendapatkan kelebihan supaya kebarangkalian kita dan spesis kita akan kekal hidup dan selamat. Kalau bercakap benar ada kebarangkalian apa yang kita ada akan berkurang tapi kalau kau pusing, tai chi, kencing mungkin kau boleh kekalkan apa yang kau ada atau boleh jadi juga apa yang kau ada tu akan bertambah. Jadi kenapa pulak kita nak berlaku jujur kalau menipu itu akan memberikan kau kelebihan? Adakah sebab kita ada akal? Dan akal itu mengenal baik dan buruk? Atau adakah itu hati nurani kita switched on? Boleh jadi. Aku pun tak tau. Aku main agak je ni.

 

Bila aku menulis pasal kejujuran ini aku sendiri makin lama makin keliru. Jujur, bohong jaga hati, harmoni. Tolak tepi religious injunction, nampak berlaku jujur itu nampaknya harus dan optional pada masa yang sama. Kalau kau cakap isteri kau lagi cantik dari (masukkan nama perempuan cantik disini) dia senyum padahal dia tau je kau tipu. Bila dia tanya ada perempuan lain ke tak dan kau cakap takde (sebenarnya ada) dia tau je kau bohong tapi kenapa reaksinya berbeza. Walhal, kedua-duanya tak betul. Nampak seperti kebenaran dan kejujuran tu ada banyak degree dia macam Masonic Lodge. Bohong kepada mahkamah satu kesalahan boleh kena penjara. Bohong sunat jaga hati isteri walaupun salah semua suami akan buat. Tipulah kalau kau pun tak buat. Semuanya sebahagian dari keadaan manusia atas Bumi sebab kita mahkluk yang hidup bermasyarakat. Mana tah tadi aku baca yang cakap lying is a social lubricant. But how much is too much? Again, the degrees of honesty.

 

Ke sebenarnya kita semua tak sanggup nak terima kebenaran. Kebenaran kan menyakitkan, membebaskan tapi menyakitkan. Sebab itu kita ajar anak-anak untuk bercakap benar tapi bila makin dewasa dan makin bergaul kita sedari bahawa masyarakat dengan norma dan political correctness dan segala maknenek alasan membuatkan bercakap benar itu nampak makin lama makin optional, tak kira lah apa alasan kau (jaga hati, bersopan santun, diplomatik, whatever).

 

Jadi bila difikirkan semula Diogenes bukanlah segila yang kita sangka. Ada point yang dia cuba sampaikan. Kalau tengah hari buta pun masih menyuluh mencari maknanya memang susah nak jumpa benda yang dicari tu.  Susah, tapi tak bermakna tak ada.  That one truly honest man.

 

 

 

 

 

Nota:

 

Rule 20. Advocate and solicitor to put before Court any relevant binding decision.

(a) An advocate and solicitor shall put before the Court any relevant, binding decision of which he is aware which is immediately in point, whether it be for or against his contention.

 

(b) This rule applies with particular importance in ex-parte proceedings.

 

 

Rule 21. Improper to misquote.

It is improper for an advocate and solicitor-

 

(a) knowingly to misquote the contents of a paper, the testimony of a witness, the argument of opposing counsel or the language of a decision or textbook; or

 

(b) with knowledge of its invalidity, to cite as authority a decision that has been overruled or a statute that has been repealed; or

 

(c) in argument, to assert as a fact that which has not been proved; or

 

(d) to mislead his opponent by concealing or withholding in his opening speech positions upon which he intends to rely.

 

Rule 17. No deception on Court.

An advocate and solicitor shall not practice any deception on the Court.

 

Rule 18. Advocate and solicitor to conduct with condour, courtesy and fairness.

The conduct of an advocate and solicitor before the Court and in relation to other advocates and solicitors shall be characterised by candour, courtesy and fairness.

Comments

Popular Posts