Saturday, March 30, 2024

Do you believe in Magic?


In Malaysia for all the trappings of modern life we remain a society deeply rooted in the belief of the unseen. The supernatural, the tahayul. Magic they call it.  This belief cuts across racial lines and class divide. Everyone from desperate housewives to politicians needs someone who can manipulate or at least, bargain with the unseen. Everyone needs a friend from the other side. 

Sendings of harm be it be it by air or by intermediaries so that you vomit blood and nails, suffer and later die. Love potions to make someone fall in love with you unwillingly. Or spells to drain love and invite strife, to clove husband and wife apart. Low magic.

Or hexes and mantras to command obedience and mute subservience. Doings and rituals to attract custom to one’s business, or to bring down a rival’s. Summoning djinns or elementals to unearth treasure trove from the bottom of the sea or river, or tangkals and talisman for proof from harm be it earthly or otherwise. Low Magic.

Unholy, misguided missals to blind eyes, deafen ears and stiffen tongues to distort Truth and imbalance the scales of Justice. Low magic.

Low magic. Black Magic. They are all low magic, black magic for they feed on our baser needs and wants. Lust, malice, jealousy and desire for power, drawing from fears of the past and worries of the future. The blacker they are all the more potent they will be. Perhaps that is why spiritual intermediaries are needed. There is only so much negativity one person can hold on to at any given time.

Not for me. All these use of intermediaries. These low magic stuff. Not that I do not believe in them, they exist. That much I do know. Just that I have no need for them. 

As in shoes, one must be discerning in the kind of magic one relies on.

The greatest magic comes from the unlikeliest sources. The three words lovers whispered to each other. The lightest touch from our wife or husband at time of turmoil and trouble. The sight of a bright clear sky in the morning. The smell of grass and earth after a good long rain. The whispering breeze through the leaves. The gurgling laughter of a baby. The hug from our growing child. The tearful thank you from a grateful client. The satisfaction of a job well done. The smell of our mother’s home cooked meal. The pat on the head by our dear father when we were kids. Words of encouragement and reassurance from persons of high regard in times  of confusion. The unlooked for helping hand when you are in need. A willing pair of ears when hearing is called for. These are what I call high magic. Real magic. The everyday kind. They come unbidden from deep well spring of our soul. They keep you grounded in the present. They keep you going. They give momentum to your movement. They keep you sane. They keep safe your belief in humanity. They etch a smile on your face and give warmth in your heart. 

That’s magic for me. No pulut kuning involved.


Tuesday, March 26, 2024

On Secrets.

 

Satu benda yang aku seronok bila berada di rumah Nenek waktu dahulu adalah jenis bahan bacaan yang ada. Dari akhbar-akhbar seperti Harakah, Utusan dan lain-lain, majalah gosip artis (URTV, Mangga dan lain-lain), publikasi-publikasi sensasi dan mistik seperti Variasari dan Mastika, buku-buku dalam Siri Bercakap Dengan Jin, buku-buku dan risalah HarunYahya, novel-novel Michael Crichton dan John Grisham yang datang entah dari mana, jilid-jilid ensiklopedia leather bound yang diterbitkan sekitar tahun 70-an, manual-manual perkomputeran, buku perbandingan agama. Pendek cerita, ada sahaja bahan bacaan yang boleh kau baca. Yang tak ada cuma komik dan novel grafik.  

Aku tak ingat bila tapi ada satu hari ada orang bawa pulang ke rumah Nenek buku-buku untuk kanak-kanak. Salah satunya adalah koleksi cerita rakyat dari Asia Tenggara. Banyak cerita dalam buku tersebut tetapi yang aku betul-betul ingat adalah satu cerita rakyat dari Burma.

Secara ringkasnya pada suatu hari raja yang kebetulan kebosanan berjalan-jalan ke sekeliling istana ditemani oleh perdana menteri. Rayau punya rayau sampai ke bahagian kandang ternakan istana Raja terpana melihat itik-itik makan lalu ditanyakan kepada perdana Menteri. Itik-itik ini makan apa? Berselera sungguh nampaknya. Perdana Menteri pun maklum pada raja, itik makan dedak, Tuanku. Raja pula kata bagi sikit, nak cuba dedak. Perdana Menteri pun balas, Tuanku lapar? Jom kita pegi makan. Banyak lagi makanan yang jauh lagi enak boleh Tuanku makan. Raja berkeras nak cuba dedak juga. Nak dipanggil dayang untuk ambil mangkuk segala bagai takut jadi bualan Istana pulak. Jadi mahu tak mahu, perdana Menteri pun seluk tangan dalam guni dedak dan beri pada raja. Raja pulak ambil secubit dan rasa. Sedap, kata dia. Dia ambik sendiri dedak dari guni dan makan dan makan sehingga puas. Bila dah puas baru dia teringat yang dia raja dan bukannya itik lalu dititahkan kepada Perdana Menteri jangan diberitahu pada sesiapa yang raja makan dedak. Perdana Menteri pula kerana titah raja dia pun buat senyap perkara tersebut sedangkan dalam hati rasa bersalah kerana bagi raja makan dedak dan pada masa yang sama nak gelak besar mengenangkan raja yang makan dedak sehinggakan perdana Menteri tak lalu makan, tidur tak nyenyak, hidup tak tenang kerana menyimpan perkara ini seorang diri.

Bila tak tertahan-tahan lagi perdana menteri pegi berjalan ke dalam hutan seorang diri, ingatnya nak dijerit sekuat-kuatnya rahsia yang disimpan tapi takut pula didengar pemburu atau pengutip hasil hutan. Jalan lagi hingga lah terjumpa satu pokok jati besar yang mempunyai lubang besar dibatangnya. Perdana menteri pun terinspirasi untuk melepaskan rahsia yang dibawanya di situ lalu beliau pun dengan nada yang tinggi berteriak dalam lubang tersebut: raja makan dedak!. Setelah itu perdana menteri pun pulang ke rumah. Selera makan datang kembali, tidur pun kembali nyenyak. Tenang jiwa dan raga perdana menteri.  Rahsia raja pun kekal rahsia.

Selang beberapa tahun raja yang sama bertitah agar satu gong baru untuk balairung istana dibuat untuk merayakan keputraan Putera raja. Gong besar dibuat oleh pandai besi dan kayu pula dibuat dari kayu jati yang paling kuat di cari khas dari dalam hutan bagi menampung berat gong besar.

Bila tiba masa untuk raja merasmikan majlis raja pun memukul gong dan keluarlah bunyi suara perdana menteri berteriak:

Raja makan dedak!

 

berulang-ulang.

 

Waktu kecil dahulu aku terkekek-kekek gelak bila baca pengakhiran cerita sebegitu tapi bila dah besar ni barulah faham apa moralnya. Rahsia kena kekal rahsia hingga dibenar untuk dilepaskan kerahsiaannya oleh yang tuan punya badan dan banyak lubang dalam dunia ini yang memudaratkan apatah lagi lubang pokok ditengah hutan.

Sekarang ini bila menaip balik cerita ini aku terfikir, wow, mungkin gong tersebut adalah satu spesis Fonograph yang terawal. Fonograf terawal menggunapakai prinsip getaran untuk jarum merekodkan bunyi di atas silinder lilin yang diputarkan dengan tangan. Mungkin kayu jati pun mempunyai kebolehan yang sama tapi lebih au naturale. Mungkin lah. Aku memandai je ni. (Rujuk: Stone Tape Theory. Kalau nak terkekek-kekek gelak, rujuk: Stoned Ape Theory).

Aku cerita tentang rahsia kerana baru lepas tengok filem Tinker Tailor Soldier Spy dua hari lepas. Filem spy thriller mengenai cubaan untuk membongkar pembelot dalam perkhidmatan risikan British era lewat 60-an yang memberikan rahsia-rahsia kerajaan kepada Kesatuan Soviet. All star cast, Gary Oldman, Tom Hardy dan beberapa lagi. Boleh tahan syiok jugak la.

Berfikir berkenaan dua cerita ini membuatkan aku berfikir lagi mengenai rahsia dan kerahsiaan. Knowledge is power atau terjemahan kasarnya pengetahuan adalah kuasa dan yang paling berkuasa adalah yang merahsiakan pengetahuannya sehingga masanya untuk digunapakai. Itu bagi aku adalah esen kepada spy business.

Kalau sudah berkahwin pula berkongsi pula bukan setakat berkongsi hidup. Malahan berkongsi rahsia. Itu adalah realiti hidup berkahwin. Bila dengan kawan karib kau yang juga teman hidup kau semua kau luahkan, semua kau cerita (aku rasa lah). Undang-undang mengambil kira dan menghormati faktor ini. Oleh sebab itu Seksyen 122 Akta Keterangan 1950 menyatakan seperti berikut:

‘’122  Communications during marriage

No person who is or has been married shall be compelled to disclose any communication made to him during marriage by any person to whom he is or has been married; nor shall he be permitted to disclose any such communication unless the person who made it or his representative in interest consents, except in suits between married persons or proceedings in which one married person is prosecuted for any crime committed against the other.’’(penekanan ditambah)

Bila mengamal pula banyak benda yang kita dengar dari anak guam jika didedahkan pada telinga yang tak patut boleh memudaratkan kes dan juga reputasi anak guam dan juga reputasi pengamal itu sendiri. Sebab itu komunikasi di antara peguam dan anak guam itu adalah dirahsiakan.

Seksyen 126 Akta Keterangan 1950 mengambil kira perkara ini dan menyatakan seperti berikut:

 

‘’ 126  Professional communications

(1) No advocate shall at any time be permitted, unless with his client's express consent, to disclose any communication made to him in the course and for the purpose of his employment as such advocate by or on behalf of his client, or to state the contents or condition of any document with which he has become acquainted in the course and for the purpose of his professional employment, or to disclose any advice given by him to his client in the course and for the purpose of such employment:

 

Provided that nothing in this section shall protect from disclosure-

 

(a) any such communication made in furtherance of any illegal purpose;

 

(b) any fact observed by any advocate in the course of his employment as such showing that any crime or fraud has been committed since the commencement of his employment.

 

(2) It is immaterial whether the attention of the advocate was or was not directed to the fact by or on behalf of his client.’’(penekanan ditambah)

Sebenarnya banyak soalan yang terbit dalam otak aku pasal kerahsiaan antara peguam dan anak guam atau attorney-client privilege ini yang perlu dirujuk kepada yang lebih ahli dan perlu di research. Yang pasti, macam komunikasi suami isteri, komunikasi peguam dan anak guam juga adalah sulit dan dilindungi. Tapi siapa yang sejujurnya betul-betul ikut?. Jangan angkat tangan, jawab dalam hati. Itu antara kau dengan anak guam kau dan DB kalau dah langgar Rule 35, Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978.

Yang pastinya privilege itu tidak absolute. Seksyen 122 ada bagi pengecualian, sama juga dengan Seksyen 126. Kalau berkenaan attorney-client privilege kes yang famousnya adalah Re the Detention of Leonard Teoh Hooi Leong [1998] 1 MLJ 757 yang juga famous sebab melibatkan isu Murtad. Ada rasanya lagi kes privilege yang lagi terbaru tapi ini yang aku betul-betul ingat.

Satu benda yang aku hairan adalah peguam ada codified hak attorney-client privilege itu tapi bagi doctor yang juga dalam jurusan professional, aku cuma jumpa guideline Malaysia Medical Council berkenaan menjaga kerahsiaan pesakit itu. Mungkin kerana Sumpah Hipokratik sedikit sebanyak menjaga perkara tersebut (Do no harm to the patient). Cerita berkenaan sumpah dan ritual dalam jurusan undang-undang ini juga satu lagi perkara menarik untuk disembangkan. Nantilah bila aku ada masa.

Anyway,

Bagi aku penyataan Knowledge is power itu tidak lengkap. Bagi aku penyataan yang lengkap adalah; Knowledge is Power and Power, is Responsibility.

Boleh jadi itu sebabnya kenapa ada client-attorney privilege. Boleh jadi itu juga adalah sebab yang sama kehidupan seorang pengamal itu dibatasi dengan peraturan-peraturan etika. Kerana pengetahuan undang-undang adalah tanggungjawab dan mengamal undang-undang itu berat tanggungjawabnya. Seberat menanggung rahsia raja yang makan dedak.

 

 

 

 

Saturday, March 23, 2024

Forever


Bila Francis Light Dan Sultan Kedah menandatangani Perjanjian Kedah-Hindia Timur Inggeris, tukang tulis Sultan Kedah ada menggunapakai ayat selagi ada peredaran cakerawala, Matahari Dan bulan untuk menggambarkan jangka hayat perjanjian yang memajak Pulau Pinang dan Province Wellesley (aka Seberang Perai) kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC). Memang sedap didengar ayatnya, berbunga selayaknya satu dokumen yang dikarang dalam Bahasa Melayu. Tapi kesan perundangannya macam mana pula? Ini pajak ke bagi terus? Aku pun tak tau. Cakap cuba kasi terang.

Tukang tulis Sultan Kedah mungkin boleh dimaafkan sebab tak fasih dengan undang-undang kontrak dibawah Common Law tapi Francis Light pun, agak-agak la. Kot ya pun berat benar menggalas beban orang putih apa lah salahnya ada dibawa barang seorang dua pegawai yang terlatih dengan undang-undang England pada waktu itu untuk memastikan apa-apa perjanjian atau kontrak yang dibuat dibuat berdasarkan kedudukkan undang-undang pada waktu itu.  Hal ini bagi aku menunjukkan betapa pentingnya ada bahagian undang-undang untuk apa-apa organisasi dan betapa pentingnya rujukan dibuat kepada bahagian undang-undang sebelum apa-apa kontrak dimasuki atau apa-apa keputusan dibuat. Bukannya bila tahi dah bersepahan dikisar kipas baru hendak dirujuk legal department.

Kesan klausa Perjanjian Kedah-Hindia Timur Inggeris 1791  tadi itu secara amnya bukan tujuan utama aku tulis kali ini. Tapi menurut mereka yang lebih ahli, apa-apa pun Perjanjian tersebut tidak lagi terpakai apabila Perlembagaan Persekutuan diangkat sebagai undang-undang tertinggi negara ini. Jadi ini bukan kes nasi sudah jadi risotto tapi nasi sudah jadi fossil. Maka niat Kedah untuk menuntut kembali Pulau Pinang itu kekal angan-angan.

Aku tulis tentang perpetual contract ini kerana perpetual contract ini dan bangsa Melayu berpisah tiada. Bangsa Inggeris boleh berbangga dengan Magna Carta mereka yang mengubah status raja England dari raja berkuasa mutlak kepada raja berpelembagaan. Umat Melayu pula ada Waadat Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba yang membuatkan raja Melayu Demang Lebar Daun dan cucu keturunannya raja mutlak. Tak panjang pun Waadat ni. Ada tiga klausa sahaja. Klausa ketiga adalah termination clause. Klausa ketiga adalah klausa right to rebel sepertimana Clause 61 dalam Magna Carta 1215. Skeptik mungkin boleh mengatakan bahawa bukan seperti Magna Carta yang datang dalam bentuk dokumen bertulis, Waadat ini tidak tertulis, cuma janji lisan. Well, oral contract is still a contract, kan?

Waadat Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba ini sefaham aku diikat sebelum zaman negeri Melaka itu bangkit, jadi ada kebarangkalian bahawa Hang Jebat yang dikatakan mengamuk itu hanya menegakkan hak (legitimate right) beliau di bawah Waadat tersebut cuma mungkin Jebat sedikit terbawa-bawa sampai keris keluar dari sarung.

Cerita pasal senjata tajam, teringat kisah mistik yang kawan aku pernah ceritakan pada aku dahulu. Menurut kawan aku itu, seperti keluarga Melayu yang lain keluarganya ada jin pendamping yang tok-nenek moyangnya ada mengikat kontrak untuk menjaga cucu keturunannya keluarganya dan hartanya. Disamping menjadi body guard, pak guard kebun dan tanah, pendamping juga menjadi punca kekuatan untuk menebang hutan untuk dijadikan kebun tanaman. Iyalah, zaman itu mana ada RedBull, tak ada Kevin Costner menahan peluru. Yang ada cuma jin-jin belaan.

Jin jenis apa tidak diberi tahu pula, yang diketahui Perjanjian dan terma-terma nya diukir di atas sebuah sundang. Sundang ini kalau ikut pemahaman aku lebih kepada spesis keris libas membawa ke pedang daripada keris yang berluk. Aku tak ingat apa yang membuatkan jin pendamping ini mengamuk boleh jadi tak diberi makan atau sundang tidak dijaga rapi atau dah tak ada peranan untuk pendamping untuk menjaga keluarga pemegang kontrak. Yang pastinya ada ahli keluarga yang paling lemah menjadi mangsa. Sudah lah tua dan sakit-sakit, dikerahnya badan untuk mengangkat tong gas penuh umpama mahu dibaling dek marah.

Kesudahannya pakar perbomohan dipanggil, segala ritual mistik dibuat dan satu Perjanjian Tambahan (Supplemental Agreement kiranya ni) dibuat. Terma utamanya, si pendamping ini ditugaskan untuk menjaga sebatang umbut pisang tanduk yang ditanam nun ditengah hutan. Hanya bila ianya bercambah dan berbuah, si pendamping bebas dari tanggungjawabnya menurut Perjanjian Lama. Akan tetapi si bomoh pun bijak juga kerana umbut bukan sebarang umbut tapi umbut yang dah direbus empuk. Jadi sampai bila-bila pun takkan tumbuh bercambah, anak cucu pun tak dikacauganggu dek pendamping yang kebosanan. Dalam kepala aku terbayang si jin masih setia menunggu umbut yang tak tumbuh-tumbuh kerana jin ini bukan lah satu makhluk yang bijak. Memang tak bijak.

Pernah jadi di pejabat aku bekerja dahulu satu insiden kerasukan yang mana kesudahannya si jin itu diyakinkan untuk meninggalkan si polan yang dirasuk dan berpindah masuk ke dalam sebuah balang kaca kecil. Jenis yang diguna untuk menyimpan kuih raya. Yang membuatkan semua kaget adalah bila balang tersebut tidak dijumpai penutupnya. Ustaz yang mengusir keluar jin dengan selamba kata, tak ada tutup pun tak apa, dia bukan tahu keluar selagi tak diarahkan keluar. Kesudahannya kami ramai-ramai berkumpul untuk tengok penampakan jin dalam balang tak bertutup itu sebelum dibawa pulang oleh ustaz.

Banyak lagi contoh-contoh perpetual contract seperti Waad si Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba yang disebut tadi takpun Social Contract yang disebut-sebut yang memastikan dominasi kaum Melayu dalam pemerintahan negara ini. Ikut kau nak percaya wujud atau tidak kontrak sosial ni. Bagi aku, sekurang-kurangnya Waad at Demang Lebar Daun dan Sang Tribuana itu ada tertulis dalam Sejarah Melayu walaupun Sejarah Melayu itu sendiri dikategorikan satu dokumen semi-mitos.

Kontrak Sosial? Entah. Siapa signatory, siapa yang berjanji pun sebenarnya pun kita bukan tahu. Yang pastinya, sewaktu Pindaan Perlembagaan 1993, Waadat Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba ini ada disebut oleh Shahidan Bin Kassim (Orang kuat Perlis) dalam perbahasan parlimen bagi pindaan yang mencabut kekebalan Raja-Raja Melayu dari tindakan undang-undang.

Kalau kau Islam, bila kau solat, Doa Iftitah juga aku kira satu bentuk perpetual contract yang mana kau memperbaharui dan mengulangi kembali janji kau yang hanya Allah SWT yang layak disembah dan akan kau sembah sehingga kau mati.

Dari segi undang-undang kontrak pula tidak ada sebarang batu penghalang untuk sesebuah kontrak itu untuk berjalan selama-lamanya. Yang ada adalah anggapan bahawa tak masuk akal dari segi komersil untuk kedua-dua pihak setuju untuk terikat selamanya. (Lihat: Rapatax (1987) Inc. v. Cantax Corp., (1997) 196 A.R. 200 (CA), Alberta Court of Appeal)

Sesebuah kontrak itu tidak jatuh dalam klasifikasi perpetual contract hanya kerana tiada klausa penamatan kontrak. Memadai dengan notis penamatan bertulis diberikan dalam tempoh masa yang munasabah. (Lihat: NG CHIN TAI & ANOR v. ANANDA KUMAR KRISHNAN [2019] 10 CLJ 766, Federal Court). Hal ini ada ditulis panjang lebar di sini oleh yang lebih arif.

Kontrak juga tidak jatuh perpetual contract hanya kerana adanya klausa auto-renew seperti mana biasanya kontrak perkhidmatan gym. Nakal ya gym-gym yang ada klausa auto renew ini. Perpetual contract ini juga ada digunakan dalam pasaran matawang krypto. Aku ada cuba baca tapi aku sendiri pun tak faham dengan jargon cryptobros ni. Kalau kau faham pohon terangkan pada aku.

Apa-apa pun bagi aku elok satu kontrak itu ada tempoh masa terpakainya dan tarikh penamatnya. Segala benda ada penamatnya. Hidup pun ada penamatnya, inikan pula kontrak. Terma seperti forever, in perpetuity, selagi ada Peredaran cakerawala, Matahari Dan Bulan ini memang cantik ayatnya tapi tak jitu, tak kemas dan elok ditinggalkan dalam lipatan sejarah dan juga bagi karangan surat cinta takpun untuk berkontrak daengan jin.

Wednesday, March 20, 2024

On Freedom

 

‘’Aye, Fight and you may die. Run and you may live. At least for a while..and lying in your bed many years from now , would you be willing to trade all the days, from this day to that, for one chance, just one chance, to come back here and tell our enemies that they may take our lives, but they'll never take... OUR FREEDOM’’

Lebih kurang macam itu lah ucapan William Wallace (dilakonkan oleh Mel Gibson) memberi semangat kepada Highlanders sebelum beliau dan geng-geng nya dikatakan menyelak belted plaid masing-masing dan menayang punggung dan lain bahagian badan bagi menganjing angkatan Inggeris sewaktu pertempuran di Stirling Bridge (dalam salinan VHS selepas tapisan LPF cuma ada suggestion, bukan perbuatan itu sendiri). Banyak ketidak tepatan sejarah dalam Braveheart. Perihal tayang punggung dan bahagian lain itu paling tidak tepat kerana pemakaian belted plaid itu hanya bermula sekitar kurun ke 15 sebegitu. Tapi bagi budak yang baru berjinak-jinak dengan pemakaian kain pelikat yang kebetulan ada iras sikit dengan belted plaid ataupun kilt ianya adalah satu bentuk acknowledgment yang manhood is not confined to wearing pants dan paling penting;

kain pelikat = freedom.

Macam belted plaid/great kilt, kain pelikat adalah satu pakaian yang versatile bagi lelaki. Berangin pun ya, bila keadaan sejuk ianya boleh memastikan bahagian yang perlu kekal warm and toasty kekal sedemikian. Sebagai satu alat, macam macam boleh dibuat dengan kain pelikat. Selimut, menahan bahang matahari, dibuat jadi bindle atau buntil untuk simpan barang kalau tak ada beg, kain bedung bayi, kain samping kalau malas nak pakai samping songket. Pendek kata macam-macam lah boleh dibuat dengan kain pelikat. Sehelai kain pelikat ada bermacam kegunaan praktikal selagi ada imaginasi. Sebab itu aku kaitkan kain pelikat dengan kebebasan.

Salah satu pencapaian aku yang paling membanggakan setakat awal tahun ini adalah berjaya membuatkan anak-anak aku berminat untuk memakai kain pelikat. Sebenarnya diorang biasa melihat aku berkain pelikat dalam rumah. Bukan benda baharu pun. Entah macam mana tergerak hati nak cadangkan pada yang paling muda untuk cuba pakai. Dia suka. Yang tua pula bila nampak si adik berkain pelikat pun nak join sama. Bila dua-dua berkain pelikat dalam rumah aku senyum bangga. Dalam hati aku; they are boys and soon they will be men. Aku terfikir sebegitu kerana aku hanya betul-betul memahami kebebasan berkain pelikat selepas berkhatan. Kiranya satu rite of passage. Kerana untuk sebab yang nyata bila betul-betul lepas berkhatan itu nak berseluar memang siksa. Perit tau perit. Ada bahagian yang perlu bebas bergerak lepas berkhatan maka kain pelikat itu pakaian yang paling ideal. Mula-mula mencuba. Lama-lama makin biasa berkain pelikat.  

Waktu aku mula memakai kain pelikat juga adalah waktu aku mula membaca novel-novel patriotik terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang mana figura-figura pra Kemerdekaan gigih melawan pihak British dan anasir-anasir imperialis lain (Pahlawan Parang Panjang!). Kebanyakkannya hanya bersenjatakan keris, senjata tajam lain atau sumpit (Libau Rentap!) dan keinginan membuak-buak untuk bebas. Macam William Wallace et al.

Aku budak pada masa itu, jadi segala mesej-mesej nasionalistik itu aku telan bulat-bulat. Nampak seperti figura-figura dari lipatan sejarah itu suci bersih tak ada cela. Bila dah besar panjang dan lagi membaca barulah faham yang ada yang menentang British kerana hak mengutip cukai dan lain-lain hak tradisional (institusi perhambaan) diganggu gugat. Manusia kan kata orang putih: nuanced. Bukan semua yang ada purity of purpose sebagaimana bukan semua guru agama yang berserban, ada juga yang memakai cepiau Bintang Tiga (Re: Mat Indera). William Wallace pun ada yang kata bahawa beliau berjuang untuk hak Scotland ada raja sendiri dan untuk menjaga harta dan tanah kepunyaan beliau, bukan untuk hak rakyat jelata Scotland macam dalam Braveheart. Seperti aku cakap tadi, nuanced.

Dari pembacaan/tontonan aku dan makin umur aku meningkat makin aku percaya bahawa tak kira la apa takdir yang dicampak itu, untung nasib seseorang, atau sesebuah kaum atau sekelompok manusia itu adalah bertitiktolak dari pilihan mereka sendiri dan pilihan hanya boleh dibuat oleh mereka yang bebas. Bebas itu perlu. Jadi apabila kebebasan itu dimansuhkan, dirampas, diambilalih oleh mereka yang tak berkenaan maka naluri semulajadi manusia adalah untuk melawan. Dari bumi Palestin yang melawan sejak 75 tahun dahulu sehingga kini, Tibet, Turkistan Timur, Catalunya, Ukraine, Chiapas, First Nations di Amerika Utara dan banyak lagi. Semuanya melawan dengan pelbagai cara demi mendapat kebebasan untuk memilih itu. Untuk kebebasan menentukan nasib sendiri.

Buya Hamka pernah berkata, “Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.’’ Bekerja in the sense kau makan gaji, kerja dengan orang. Bekerja untuk apa dan hidup untuk apa kalau bukan untuk bebas? Bebas dari hutang. Bebas dari kebuluran. Bebas berbelanja. Bebas kemana-mana, tapi hujung minggu dan waktu cutilah. Hari lain bukan milik kau. Itupun kalau nasib kau baik. Bebas ke hidup sebegitu? Mungkin ada yang boleh terima sedemikian. Ikut kau lah. Hamba di zaman ini berpasung bukan dikaki atau tangan, tapi di hati. Hidup memang hidup tapi jiwanya mati. Hidup ke sebegitu?

Serupa macam berseluar. Ada bermacam fesyen dan material kain yang digunakan tapi hampir semua seluar menurut acuan yang sama, ada sifat universal. Ada dua lubang kaki, ada cawat, ada tali cerut atau lubang untuk tali pinggang, ada zip, ada cangkuk dan penyangkut supaya seluar tak terlucut. Ada security. Tetapi yang pastinya kau memang akan dibatasi dengan saiz pinggang. Kalau berat badan naik, kena beli seluar baru.

Lain pula dengan kain pelikat. Pattern lebih kurang sama sahaja, warna corak dan jenis kain mungkin membezakan tapi melainkan kau gemuk gedempol kain pelikat akan muat dipakai tak kira apa saiz pinggang atau perut kau. Pergerakkan pun memang bebas, yang membataskan kau cuma sopan atau tidak cara duduk/baring kau tu. Tapi bila panas, berangin. Bila sejuk, yang patut suam kekal suam. Cuma kalau tak diikat kemas dan terlucut boleh terserlah segala benda yang patut ditutup. Tak selalu berlaku tapi risiko tetap ada.

Sebagai pengamal undang-undang ini pilihan selalunya ada dua, iaitu di antara hidup yang hambar, selamat tapi dirantai atau untuk hidup bebas, penuh dengan pengembaraan tapi terumbang-ambing. Apa pilihan kau? Tak ada sesiapa yang paksa kau sekarang ini. Tak ada pistol diacu di dahi. Semuanya atas pilihan sendiri.  

Bila cakap tentang kebebasan itu pula perlu diingat bahawa ianya bukan dihidang atas pinggan, bukan percuma. Kebebasan itu sendiri punya harga perlu dibayar. Susah, sengsara, darah dan air mata. Persoalannya sanggup atau tidak kau bayar harga itu demi untuk mempunyai kebebasan? Ianya tidak memberi kepastian yang bil-bil kau boleh dibayar tepat pada masanya. Ianya juga tidak memastikan anak beranak kau hidup kalau tak senang pun tak hidup melarat. Tapi bebas.

Satu benda pasal kebebasan tak ada jaminan yang hidup akan sentiasa senang. Yang memang confirm ada adalah ujian demi ujian.

Hidup senang?

Tuhan tak pernah janjikan hidup yang senang atas dunia ini. Yang dijanjikan adalah ada ganjarannya di sana nanti. Hidup mana pernah senang. Masing-masing ada masalah tak kira miskin mahupun kaya. Yang kaya mempunyai masalah untuk kekal kaya, yang miskin masalah untuk lari dari kemiskinan, untuk terus hidup.

Makin umur meningkat makin mudah untuk kita lari sebalik kekelabuan sesebuah perkara itu. Benda yang dahulunya hitam-putih kini jadi kelabu asap. Ada sahaja alasan diberi. Iyalah, kita manusia, bukan android. Ada lebih dari reason yang digunapakai, ada juga emosi yang perlu diambil kira. Aku fikir itu kenapa darjat kita manusia diangkat kerana reason sentiasa berperang dengan emosi. Aku rasa mungkin itu juga sebab kenapa Iblis enggan tunduk pada manusia, kerana Iblis adalah makhluk yang penuh emosi.

Tak senang jadi manusia, tak senang jadi lelaki. Dalam banyak perkara ego perlu ditundukkan. Banyak benda yang perlu diambilkira. Banyak hati nak dijaga, ada peranan perlu dimain, tanggungjawab untuk dijaga. Berat pilihan yang perlu dibuat. Sangat-sangat berat. Tapi jangan dikata tak ada pilihan.    

Tak kira lah kau percaya apa sekalipun Tuhan/ Alam Semesta/ Prime Mover sentiasa bagi pilihan. Kita sahaja yang kata tak ada pilihan. Kadang-kadang banyak pilihan hinggakan pening untuk memilih. Kadang-kadang hanya ada dua:

Nak berkain pelikat atau nak berseluar macam orang lain?

Sekarang pilih satu.

Thursday, March 7, 2024

The Call

 

There are two calls which are important to a practitioner. The first being your long call, a happy and memorable event where you are officially welcomed to be part of the legal fraternity. The other, equally memorable but not a happy event being the phone call to the client informing them of a court decision which was not in their favour. It is memorable because of the reaction it creates to the client.

The first call happens only once, the other one will come to you as many as necessary even after you accept that some things are beyond your control. The former is a group occasion with family members and friends in attendance. The latter is a road you have to walk alone.

I am still learning how to break the bad news to the client. From the senior practitioners I’ve talked to or whose exploits I’ve read about I can conclude that there are two types of reaction to news of a defeat in court. First, the client would take it in stride. Disappointed but understanding having known and seen you try your best. They would then ask what can be done. This reaction rarely happened to me.

The second reaction is that they turn hostile to you upon hearing the bad news. Heaping blame upon blame on you as if you are the architect, engineer and building contractor of their misfortune. Their natural distrust towards lawyers returned with a vengeance to the point of accusing you of colluding with your opponent to obtain a verdict in favour of your opponent. Then, if you are truly unlucky, they would refuse to pay balance of legal fees (if any). This reaction is more common to me previously.

Maybe I lack the skill of diverting or apportioning the blame to a totally unrelated party (the bird which shat on the judge’s car) or to a totally unrelated event (the war in Ukraine, Trump re-election). I used to be good at it as a kid (Broken vase? A bird did it. Homework not done? Oh, teacher said it was optional. Missing school shirt? Wind blew it away Ma!) but it was a skill I lose as I grew older.

Maybe I do not have the aptitude to sugarcoat the truth which is what they sought to soften the blow of losing. Unless you lost a case but managed to at least halve the sum of damages sought at the end of trial then selling a loss verdict as a partial win is an impossible mountain to climb. But as it is, nobody likes to lose. That could be the reason why they reacted negatively.

It could also be the fact that I tried to remind them of balance unpaid legal fees. Which I now collect before the verdict is out (the most important lesson I have learned so far was to always keep in mind Foonberg’s Client Curve of Gratitude when collecting fees). Either way I don’t dread losing. Ok, that is not right. What I meant to say was that I do not dread losing a case like i used to. Sure the loss stung and I might walk in the rain for a bit but, as long as I have done my very best and the client knows it, that is good enough for me.

I have not yet found it but I am sure there is a perfect way to explain to the client that they are paying for legal representation, their day in court and not the absolute guarantee of winning. I am after all a legal practitioner, not an operator of an MBG outlet.

We all want to be the winner but that is not up to us. All we can do is try our best. The verdict is up to God, Fate or whatever you believe in and the judge. In the courts it is to be expected that one party loses and the other is the victor. This is no kindergarten sukaneka with participation medals. In the courts the winner smiles and the loser pays.

Though I no longer dread losing, I still find it hard to make the call to the client but must be done and will be done, regardless of the client’s reaction. If I got an earful, what to do. Grit your teeth and bear it. It is the not the best part or the glamourous part of the job. But the job as a whole?

The best job in the world.


Friday, March 1, 2024

Giving (up) ghosts


Bila waktu kecil dulu pasti ada satu ketika bila kau pergi ke satu tempat yang kau yang mana kau sangat suka hingga tak mahu balik ke rumah. Tak kisah lah Disneyland ke, tempat percutian ke, kampung halaman kau ke. Yang penting kau menangis, meraung, buat perangai, pahut pada tiang atau bibir pintu sebab kau tahu pada ketika itu, di dalam minda kecil kau, kau tahu yang tempat kau berada itu lah tempat yang kau nak duduk buat selamanya.

Kebiasaannya bila umur kau meningkat kau lupa tentang tempat tersebut hinggalah bila mak atau bapak atau ahli keluarga yang lain teringat kembali memori kau buat perangai tak nak balik itu. Selalunya bila selak gambar-gambar lama.

Aku rasa sebenarnya bukan tempat tu yang kau nak sangat pun. Yang kau kejar sebenarnya state of being, perasaan kau bila kau berada di situ. Itu yang kau nak kekalkan. Sebagai contoh, bila balik kampung waktu hari raya kau seronok kerana segala sedara mara ada bersama. Kait rambutan, manggis dan lain-lain buah (kalau sampai musim), Tidur bergelimpangan diruang tamu, main mercun ramai-ramai malam sebelum raya, bangun pagi Raya melantak juadah raya. Tapi bila saudara mara mula balik, rumah kampung mula rasa kosong. Pastu kau pun rasa nak balik rumah.

Sama macam kau pegi bercuti di hotel tepi pantai. Ada pantai, ada pasir. Angin menderu-deru bertiup, pokok kelapa melambai-lambai pada kau. Lagi best kalau ada kolam renang. Nak mandi laut bahaya. Lagipun mana ada budak yang tak suka tempat yang boleh direnang, diranduk, boleh berendam. Bila letih ada katil empuk yang bukan kau yang kena kemas tiap pagi. Ada bath tub, boleh sambung berendam. Memang kalau boleh tak nak balik. Tapi balik juga kau akhirnya. Selalunya sebab makbapak yang suruh.

Mungkin ada penjelasan psikologi yang lagi mantap tapi teori memandai-mandai aku adalah seperti berikut:

 

Trigger> Feeling> Memory


Trigger ini boleh jadi kau ada meeting di hotel (jumpa di café, bukan bilik hotel. Jangan salah faham.) ternampak kolam renang lepas tu entah macam mana kau rasa sepertimana kau rasa masa kau berenang-renang di kolam renang waktu kecik dahulu kemudian kau mengimbau kembali memori yang dulu kau pegi bercuti dengan keluarga ke satu tempat yang ada kolam renang dan betapa seronoknya kau berenang-renang sampai naik kecut jari jemari.

Sama macam kau dengar lagu yang kau selalu dengar waktu belajar di universiti dulu tengah malam waktu basuh kain di dobi 24 jam. Lagu itu trigger kepada perasaan yang sama kau rasa waktu kau dengar lagu itu masa belajar di university dahulu; gembira kerana dapat kenal dunia yang kemudiannya membawa kau kembali kepada memori pada waktu itu dahulu sebelum kau kena ikat.. Eh, silap. Maksud aku, kau teringat pada gadis yang kau nak pikat dahulu waktu kau belajar dahulu.

 

Kalau mid life crisis pulak teori memandai-mandai aku adalah seperti berikut:

 

Memory>Feeling> Action

 

Kau teringat waktu muda-muda dahulu kau kemana sahaja naik motor Honda Ex5 kau, kau rasa perasaan dia bila naik bawak motor tu. Deru angin dari celah visor helmet kau, makan asap bila kau duduk dekat dengan lori, perasaan kebebasan kemana-mana tu. Tapi kau dah tua dan dah berharta jadi takkan kau nak pakai Ex5 pulak, lalu kau pun beli Harley Night Rod sebijik pastu kene bebel tak sudah dengan bini kau. Padan muka. Beli mahal tapi kesudahannya jadi tukun dekat rumah pasal kau tak larat nak bawak.

 

Atau kau teringat pada waktu muda-muda dulu kau romeo di fakulti. Habis semua gadis tewas dengan kau. Kau bercinta macam tukar baju. Kau ingat perasaannya macam mana bila satu demi satu hati kau tawan dan kau kemudiannya kau remukkan. Tapi sekarang kau dah tua, dah beranak isteri tapi kau nak rasa balik perasaan jadi jejaka pilihan gadis lalu kau pun pasang scandal. Bini orang, tunang orang, mak cik cleaner, single, complicated, semua kau sapu sampai satu hari kau balik rumah dan isteri kau tengah asah parang kat meja makan pasal dia dah dapat tau. Menjawab la kau. Sendiri cari penyakit.

Pointnya di sini adalah yang berbeza-beza mungkin kedudukkan memori dan trigger atau perbuatan itu dalam aturan memandai-mandai aku tadi. Satu titik persamaan bagi midlife crisis dan kau yang tak nak balik rumah bila ada dihotel atau di kampung waktu kecil dahulu adalah perasaan itu sendiri. Ianys sentiasa berada ditengah-tengah kerana itu yang kau kejar sebenarnya. Ianya memang boleh dijangka. Kita akan cuba sedaya upaya untuk membina semula apa yang kita ada dahulu supaya kita boleh merasai semula apa yang kita pernah rasa dahulu yang sebenarnya absurd. Kita bukan orang yang sama dan keadaan takkan sama seperti dahulu. Kita cuma mengejar bayang-bayang apa yang kita rasa dahulu. Chasing ghosts.

Macam aku cakap tadi perasaan yang kita kejar tadi boleh jadi perasaan innocence dan positif waktu kau kecil dahulu sebelum kau faham bahawa hidup itu ada naik turun, ada masanya akan kecewa atau kau juga mungkin mengejar kembali perasaan sewaktu kau muda dan bertenaga dahulu bila dunia ini penuh dengan potensi dan kebarangkalian yang baik-baik belaka sebelum kau kena henyak dengan realiti.

Dari satu sisi yang lain juga mungkin mengejar perasaan yang dahulu kita lalui itu satu cubaan untuk melawan takdir, memberi jari tengah kepada realti.

Realiti yang pada satu masa nanti memori kau itu akan luput bila kau meningkat usia, there goes your trigger. Realiti bahawa action itu sendiri juga terbatas bila usia meningkat kerana kau ada benda yang jauh lebih penting untuk diambil kira. Ada anak bini, ada tanggungjawab lagi berat. Mungkin juga sebab kau dah tak larat. 

Akan tetapi perasaan tu, Perasaan itu sentiasa akan ada menghantui kau selama kau hidup dan hanya akan terpadam bila kau mati atau bila kau sendiri padamkan, if you can. The heart always remembers.

Aku tak tahu perkataan yang tepat untuk gambarkan perasaan tersebut dalam Bahasa Melayu tapi yang aku tahu dalam Bahasa Inggerisnya perkataan yang paling tepat adalah longing.  Aku guna perkataan longing kerana aku tak mahu guna perkataan nafsu ataupun desire yang mempunyai konotasi negative kerana bukan semua longing itu benda yang merepek (kecuali nak jadi romeo dikala umur tua ganyut. Itu memang merepek).

Mungkin bila ada masa, ada kudrat dan takdir membenarkan, longing itu akan dapat kau lalui dan penuhi semula.

Kalau tak dapat pun, well, kau dah pernah merasa dulu. Cukuplah. 

Kot. 

 

 

 

Post scriptum: Title post ini adalah juga satu judul lagu dari Ben Harper si pemain slide guitar yang boleh tahan power. Aku tak mahu letak... okay, aku tak tahu macam mana nak letak link kepada Youtube bagi lagu ini. Dahulu aku reti tapi sekarang aku dok cuba tak menjadi pula. Jemput cari sendiri di Spotify atau Youtube.

 

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Sedang mencari penyelesaian kepada komplen yang Adam Smith kata paling selalu didengar sambil mencari maksud kehidupan dan sebab kenapa soto lebih sedap dengan begedil.

Blogroll

Hobi Baru

Tak ada post panjang berjela hari ini. Cuma ada pertembungan bila ada mesin taip lama (masih lagi belajar nak menaip tanpa cacat cela) dan a...

Popular Posts