On Secrets.
Satu benda yang
aku seronok bila berada di rumah Nenek waktu dahulu adalah jenis bahan bacaan
yang ada. Dari akhbar-akhbar seperti Harakah, Utusan dan lain-lain, majalah
gosip artis (URTV, Mangga dan lain-lain), publikasi-publikasi sensasi dan
mistik seperti Variasari dan Mastika, buku-buku dalam Siri Bercakap Dengan Jin,
buku-buku dan risalah HarunYahya, novel-novel Michael Crichton dan John Grisham
yang datang entah dari mana, jilid-jilid ensiklopedia leather bound yang
diterbitkan sekitar tahun 70-an, manual-manual perkomputeran, buku perbandingan
agama. Pendek cerita, ada sahaja bahan bacaan yang boleh kau baca. Yang tak ada
cuma komik dan novel grafik.
Aku tak ingat
bila tapi ada satu hari ada orang bawa pulang ke rumah Nenek buku-buku untuk
kanak-kanak. Salah satunya adalah koleksi cerita rakyat dari Asia Tenggara.
Banyak cerita dalam buku tersebut tetapi yang aku betul-betul ingat adalah satu
cerita rakyat dari Burma.
Secara
ringkasnya pada suatu hari raja yang kebetulan kebosanan berjalan-jalan ke
sekeliling istana ditemani oleh perdana menteri. Rayau punya rayau sampai ke
bahagian kandang ternakan istana Raja terpana melihat itik-itik makan lalu
ditanyakan kepada perdana Menteri. Itik-itik ini makan apa? Berselera sungguh
nampaknya. Perdana Menteri pun maklum pada raja, itik makan dedak, Tuanku. Raja
pula kata bagi sikit, nak cuba dedak. Perdana Menteri pun balas, Tuanku lapar?
Jom kita pegi makan. Banyak lagi makanan yang jauh lagi enak boleh Tuanku makan.
Raja berkeras nak cuba dedak juga. Nak dipanggil dayang untuk ambil mangkuk
segala bagai takut jadi bualan Istana pulak. Jadi mahu tak mahu, perdana
Menteri pun seluk tangan dalam guni dedak dan beri pada raja. Raja pulak ambil
secubit dan rasa. Sedap, kata dia. Dia ambik sendiri dedak dari guni dan makan
dan makan sehingga puas. Bila dah puas baru dia teringat yang dia raja dan
bukannya itik lalu dititahkan kepada Perdana Menteri jangan diberitahu pada
sesiapa yang raja makan dedak. Perdana Menteri pula kerana titah raja dia pun
buat senyap perkara tersebut sedangkan dalam hati rasa bersalah kerana bagi
raja makan dedak dan pada masa yang sama nak gelak besar mengenangkan raja yang
makan dedak sehinggakan perdana Menteri tak lalu makan, tidur tak nyenyak, hidup
tak tenang kerana menyimpan perkara ini seorang diri.
Bila tak
tertahan-tahan lagi perdana menteri pegi berjalan ke dalam hutan seorang diri,
ingatnya nak dijerit sekuat-kuatnya rahsia yang disimpan tapi takut pula
didengar pemburu atau pengutip hasil hutan. Jalan lagi hingga lah terjumpa satu
pokok jati besar yang mempunyai lubang besar dibatangnya. Perdana menteri pun
terinspirasi untuk melepaskan rahsia yang dibawanya di situ lalu beliau pun
dengan nada yang tinggi berteriak dalam lubang tersebut: raja makan dedak!. Setelah
itu perdana menteri pun pulang ke rumah. Selera makan datang kembali, tidur pun
kembali nyenyak. Tenang jiwa dan raga perdana menteri. Rahsia raja pun kekal rahsia.
Selang beberapa
tahun raja yang sama bertitah agar satu gong baru untuk balairung istana dibuat
untuk merayakan keputraan Putera raja. Gong besar dibuat oleh pandai besi dan
kayu pula dibuat dari kayu jati yang paling kuat di cari khas dari dalam hutan bagi
menampung berat gong besar.
Bila tiba masa
untuk raja merasmikan majlis raja pun memukul gong dan keluarlah bunyi suara
perdana menteri berteriak:
Raja
makan dedak!
berulang-ulang.
Waktu kecil
dahulu aku terkekek-kekek gelak bila baca pengakhiran cerita sebegitu tapi bila
dah besar ni barulah faham apa moralnya. Rahsia kena kekal rahsia hingga
dibenar untuk dilepaskan kerahsiaannya oleh yang tuan punya badan dan banyak
lubang dalam dunia ini yang memudaratkan apatah lagi lubang pokok ditengah
hutan.
Sekarang ini
bila menaip balik cerita ini aku terfikir, wow, mungkin gong tersebut adalah
satu spesis Fonograph yang terawal. Fonograf terawal menggunapakai prinsip
getaran untuk jarum merekodkan bunyi di atas silinder lilin yang diputarkan
dengan tangan. Mungkin kayu jati pun mempunyai kebolehan yang sama tapi lebih
au naturale. Mungkin lah. Aku memandai je ni. (Rujuk: Stone Tape Theory. Kalau
nak terkekek-kekek gelak, rujuk: Stoned Ape Theory).
Aku cerita
tentang rahsia kerana baru lepas tengok filem Tinker Tailor Soldier Spy dua
hari lepas. Filem spy thriller mengenai cubaan untuk membongkar pembelot dalam perkhidmatan
risikan British era lewat 60-an yang memberikan rahsia-rahsia kerajaan kepada
Kesatuan Soviet. All star cast, Gary Oldman, Tom Hardy dan beberapa lagi. Boleh
tahan syiok jugak la.
Berfikir
berkenaan dua cerita ini membuatkan aku berfikir lagi mengenai rahsia dan
kerahsiaan. Knowledge is power atau terjemahan kasarnya pengetahuan adalah
kuasa dan yang paling berkuasa adalah yang merahsiakan pengetahuannya sehingga
masanya untuk digunapakai. Itu bagi aku adalah esen kepada spy business.
Kalau sudah
berkahwin pula berkongsi pula bukan setakat berkongsi hidup. Malahan berkongsi
rahsia. Itu adalah realiti hidup berkahwin. Bila dengan kawan karib kau yang
juga teman hidup kau semua kau luahkan, semua kau cerita (aku rasa lah).
Undang-undang mengambil kira dan menghormati faktor ini. Oleh sebab itu Seksyen
122 Akta Keterangan 1950 menyatakan seperti berikut:
‘’122 Communications during marriage
No person who
is or has been married shall be compelled to disclose any communication made to
him during marriage by any person to whom he is or has been married; nor shall
he be permitted to disclose any such communication unless the person who made
it or his representative in interest consents, except in suits between
married persons or proceedings in which one married person is prosecuted for
any crime committed against the other.’’(penekanan ditambah)
Bila mengamal
pula banyak benda yang kita dengar dari anak guam jika didedahkan pada telinga
yang tak patut boleh memudaratkan kes dan juga reputasi anak guam dan juga
reputasi pengamal itu sendiri. Sebab itu komunikasi di antara peguam dan anak
guam itu adalah dirahsiakan.
Seksyen 126 Akta
Keterangan 1950 mengambil kira perkara ini dan menyatakan seperti berikut:
‘’ 126 Professional communications
(1) No advocate shall at any time
be permitted, unless with his client's express consent, to disclose any
communication made to him in the course and for the purpose of his employment
as such advocate by or on behalf of his client, or to state the contents or
condition of any document with which he has become acquainted in the course and
for the purpose of his professional employment, or to disclose any advice given
by him to his client in the course and for the purpose of such employment:
Provided that nothing in
this section shall protect from disclosure-
(a) any such communication
made in furtherance of any illegal purpose;
(b) any fact observed by any
advocate in the course of his employment as such showing that any crime or
fraud has been committed since the commencement of his employment.
(2) It is immaterial whether the
attention of the advocate was or was not directed to the fact by or on behalf
of his client.’’(penekanan ditambah)
Sebenarnya banyak
soalan yang terbit dalam otak aku pasal kerahsiaan antara peguam dan anak guam
atau attorney-client privilege ini yang perlu dirujuk kepada yang lebih ahli
dan perlu di research. Yang pasti, macam komunikasi suami isteri, komunikasi
peguam dan anak guam juga adalah sulit dan dilindungi. Tapi siapa yang
sejujurnya betul-betul ikut?. Jangan angkat tangan, jawab dalam hati. Itu
antara kau dengan anak guam kau dan DB kalau dah langgar Rule 35, Legal
Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978.
Yang pastinya
privilege itu tidak absolute. Seksyen 122 ada bagi pengecualian, sama juga
dengan Seksyen 126. Kalau berkenaan attorney-client privilege kes yang
famousnya adalah Re the Detention of Leonard Teoh Hooi Leong [1998] 1 MLJ 757
yang juga famous sebab melibatkan isu Murtad. Ada rasanya lagi kes privilege yang
lagi terbaru tapi ini yang aku betul-betul ingat.
Satu benda yang
aku hairan adalah peguam ada codified hak attorney-client privilege itu tapi
bagi doctor yang juga dalam jurusan professional, aku cuma jumpa guideline
Malaysia Medical Council berkenaan menjaga kerahsiaan pesakit itu. Mungkin
kerana Sumpah Hipokratik sedikit sebanyak menjaga perkara tersebut (Do no harm
to the patient). Cerita berkenaan sumpah dan ritual dalam jurusan undang-undang
ini juga satu lagi perkara menarik untuk disembangkan. Nantilah bila aku ada
masa.
Anyway,
Bagi aku
penyataan Knowledge is power itu tidak lengkap. Bagi aku penyataan yang lengkap
adalah; Knowledge is Power and Power, is Responsibility.
Boleh jadi itu
sebabnya kenapa ada client-attorney privilege. Boleh jadi itu juga adalah sebab
yang sama kehidupan seorang pengamal itu dibatasi dengan peraturan-peraturan
etika. Kerana pengetahuan undang-undang adalah tanggungjawab dan mengamal
undang-undang itu berat tanggungjawabnya. Seberat menanggung rahsia raja yang
makan dedak.
Comments
Post a Comment